25 June 2014

Projek Ramadhan KISAS

Insya-Allah sempena meraikan bulan Ramadhan yang bahangnya kian terasa, pihak badan-badan kepimpinan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) diterajui oleh Badan Dakwah dan Rohani (BADAR), Lembaga Ketua Pelajar (LKP), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti (MPPU) dan PERKISAS mengajak semua untuk sama-sama menyambut tetamu yang semakin hari semakin hampir iaitu Ramadhan Kareem.



Oleh itu, pihak kepimpinan Kisas akan menganjurkan beberapa aktiviti yang menarik menuju bulan Ramadhan. Juga dianjurkan kempen 'Hashtag' (#) iaitu #projekramadhanKISAS.



Projek ini telah dirasmikan oleh wakil Badan Dakwah Dan Rohani Kisas, Al-Akh Muhammad Hakim Bin Ismail selaku Presiden BADAR 13/14 pada 23 Jun 2014. Tema Kempen tahun ini ialah;
"Tetamuku Ramadhan"
Kempen berlangsung dari 23 Jun hingga 4 Julai 2014.

Jom sama-sama kita imarahkan dan meraikan ketibaan tetamu tercinta kita!


 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung