Monday, 10 February 2014

Warkah Buat Adikku



Adikku,
Kami di sini sudah lama menunggu kehadiran kalian ke sini untuk menambah seri wajah Kolej Islam dan ketahuilah kehadiran kalian membawa seribu satu rahmat dan berkat buat Kolej Islam tercinta.

Adikku,
Ketahuilah, kalian sekarang  menjejakkan kaki di suatu bumi yang asing dari dunia lain. Bumi ini asing dan dianggap asing kerana ia sangat asing malah pelik di mata dunia luar. Ketahuilah adikku, keterasingan itu baik untuk kalian kerana tidakkah kalian ingat hadis Nabi kita, "Agama Islam itu asing dan akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing".

Adikku,
Ketahuiah di sini ada satu golongan namanya 'Teacher' , mereka sangat berjasa pada bumi ini, pengorbanan masa, tenaga sudah lali, bagi mereka semata-mata untuk mendidik kami di sini. Kehebatan mereka menyampaikan ilmu tiada tolok bandingnya dan ketahuilah, mereka merupakan penyumbang terbesar kejayaan di bumi ini.

Adikku,
Ketahuilah, di sini kalian akan bertemu 'Friends' yang juga datang ke bumi ini dengan matlamat yang sama seperti kalian. Mereka semua datang dari pelbagai penjuru dunia dan nasihatku agar kalian berkenalan, saling memahami dan saling membantu serta  belajar mengenali watak mereka seorang demi seorang agar ia berguna kelak sewaktu kalian berada dalam masyarakat luar.

Adikku,
Ketahuilah, di sini jiwa kalian  akan diikat jalin dengan suatu tali  yang dikenali sebgai 'Ukhwah'. Ikatan ini sangat penting dan bermakna bagi kalian sepanjang bermukimnya kalian di sini dan ingatlah ikatan ukhwah inilah akan membawa kalian sehingga akkhir hayat kalian.

Adikku,
Ketahuilah, sebelum ini kalian bernafas dengan gas yang dikenali sebgai oksigen. Di sini kalian bernafas dengan 'Tarbiah'. Rasailah kenikmatan tarbiah itu melalui jiwa dan sanubari kalian,serapi kemanisannya dalam setiap saluran dan rongga tubuh kalian agar ia menjadi suatu yang bermakna buat kalian.

Adikku,
Ketahuilah, di bumi ini terdapat atmosfera yang membendung dan menjaga roh dan spiritual kalian di sini.
Orang memanggilnya 'Biah Solehah' dan 'Usrah'. Ketahuilah, kalian akan menjadi baik  di sini kerana keteballan atmosfera tersebut dan pesananku agar kalian terus memeliharanya.

Akhir kalam, Selamat Datang ke Bumi Kisas. Uhibbukum fillah...   
Reactions:

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung