Thursday, 14 February 2013

Valentine Day ? Sorry We Are Muslims !

بسم الله الرحمن الرحيم


Lihat kalendar. 
Tarikh hari ini : 14 Februari 2013
nothing special dengan tarikh ni... 
Terdetik nak buka Muka Buku ..
terus Scroll newsfeed ,




terbaca satu status , statusnya berbunyi 
"Valentine Day? Sorry I'm Muslim :)"
..... (berfikir sejenak)
"Allahurabbi! Hari ni Valentine Day lah !Guane boleh terlepas pandang ni?"

Muslim ?



Baiklah. 
statement di atas ..
'Saya seorang muslim'

Muslim, Muslim jugak. 
Tapi, as Muslim kita mesti ada kefahaman mengenai Hari Kekasih ni.


Asal Usul Valentine Day

Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. 

Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. 


"Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol."


Pentingnya Kefahaman

Tidak dinafikan ada Umat Islam di negara ini yang turut sama meraikan Hari Valentine ini. 
Kebanyakan mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut dan semata-mata untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.

Hari Kekasih yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari hakikatnya bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam,


Ini kerana kebiasaannya ,
senario menyambut Hari Kekasih berlaku dikalangan remaja Islam.
Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik,
namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.

Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran.
Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.

Firman Allah S.W.T :

" ...وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ... " (Al-Ahzab:33)
Maksudnya : "...Dan janganlah kamu bertabarruj (berhias) dengan tabarruj orang-orang yang jahil...


Dalam ayat ini , jelas sekali Allah melarang umat Islam mencampurkan akidahnya dengan agama lain. Hal ini ditegaskan sekali lagi dalam surah Al-Kaafirun ayat 1-6 :
"Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagi aku agamaku." 
Sememangnya,
Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, 
tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. 
Cara ini cuma mencemarkan kasih sayang yang suci itu.
Islam membenarkan pernikahan sekiranya cinta dan kasih sayang yang terbuku di hati itu benar-benar suci
dan ianya juga adalah sunnah Rasulullah S.A.W
Cinta itu suci dan ianya hanya akan berkat apabila dikembangkan pada perkara yang suci .

tetapi dalam menyemai cinta , Nabi SAW dengan tegas melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud:

"Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka."

Resolusi Cinta

"Saya cinta dia betul-betul la bang , sebab tu saya bagi dia coklat , khas untuk dia hari ini ... !"

Ya ,
kalaulah benar kita beli dan beri hadiah pada orang yang kita sayang hari ni ,
Bukti kita cinta dia , perkara itu tak boleh dinafi ,
tetapi , satu persoalan ingin ditujukan kepada si penerima hadiah tersebut ..
"Betulkah ini bukti sayang dia ? Kalau dia betul-betul sayang .. takde istilah Valentine Day nie kerana setiap hari adalah hari yang dia betul-betul sayang saya dan bukan khusus untuk 14 Februari ini sahaja..."
Err ..
(Kelu...)

Ia memang suatu hakikat yang tidak boleh di nafikan .
Sekiranya benar kita sayang seseorang ,
kita akan sayang dia setiap hari ,
sepanjang masa dan bukan khusus untuk hari-hari tertentu ..

Jika benar , mungkin hari-hari kita akan lakukan ini pada ibu-bapa kita ..


Jadi , suatu peringatan atau tazkirah pada kita ,
manusia yang digelar nasiy atau pelupa ..
Dalam kita membuktikan cinta dan sayang kita pada sesama manusia dengan cara yang halal ,
Jangan dilupakan keutamaan cinta itu ,

Sudah cukupkah cinta kita pada Allah dan Rasulullah ?
jika tidak ,
maka sempurnakan perkara yang aula (terpenting) sebelum bergerak kepada yang kurang penting ,

Sama-sama muhasabah :)

الله اعلم


Reactions:

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung