Saturday, 29 October 2011

Kasih rasulullah pada WANITA..


Pada suatu hari di zaman Rasulullah, seorang muslimah sedang termenung di atas batu. Di sekitar kawasan itu terdapat beberapa orang lelaki Yahudi. Seorang daripada mereka mendekati muslimah tersebut dari belakang secara diam. Diikatnya kain pakaian muslimah tersebut dengan tali yang bersambung ke atas pokok. Tanpa di sedari, muslimah itu turun dari batu dan kainnya terselak kerana ikatan tali tersebut.

Melihat keadaan ini, lelaki Yahudi yang lalu lalang di situ ketawa berdekah-dekah me
lihat gelagat muslimah yang terdedah auratnya. Berita tentang perkara ini sampai kepada Rasulullah, lalu tanpa bertangguh Rasulullah memerintahkan supaya lelaki Yahudi yang memalukan wanita muslimah itu dipancung kepalanya serta merta.

Begitulah ketegasan rasulullah terhadap kehormatan wanita. kasihnya rasullulah terhadap kita. namun kini, kita lihat ramai anak2 gadis yang gemar mempamirkan kecantikan pinjaman dari ALLAH d khalayak ramai. jagalah perhiasan mu itu. ia sangat berharga buat wanita solehah..



jagalah dirimu sebaik-baiknya.. sesungguhnya seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH...

Friday, 28 October 2011

Janji ALLAH kepada Golongan Mukmin..


Sesungguhnya, ALLAH telah berjanji kpd golongan mukmin dgn janji-janji yg byk di dunia ini, antaranya:

1. Pertolongan menghadapi musuh-musuh mereka
surah ar-Rum :47, "...dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang2 yg beriman."

2. Mempertahankan (membela) mereka
surah al-Hajj :38, "Sesungguhnya ALLAH membela orang-orang yang beriman"

3. Memberikan perlindungan kepada mereka
surah al-Baqarah: 257, "ALLAH pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman"

4. Hidayah bagi mereka
surah al-Hajj: 54, "... dan sesungguhnya ALLAH sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus"

5. Tiada penguasaan orang-orang kafir ke atas mereka
surah an-nisa'; 141, "..dan ALLAH tidak sekali-kali memberi jalan kpd org-org kafir utk membinasakan org-org yang beriman"

6. Rezeki yang baik
Surah al-a'raf: 96, " Dan(Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentu Kami akan membuka kpd mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi..."


Wednesday, 12 October 2011

exam fever

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN kpd CALON-CALON ;

10 Mumtaz, 4PA STPM, 11 A+ SPM



 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung