29 October 2011

Kasih rasulullah pada WANITA..


Pada suatu hari di zaman Rasulullah, seorang muslimah sedang termenung di atas batu. Di sekitar kawasan itu terdapat beberapa orang lelaki Yahudi. Seorang daripada mereka mendekati muslimah tersebut dari belakang secara diam. Diikatnya kain pakaian muslimah tersebut dengan tali yang bersambung ke atas pokok. Tanpa di sedari, muslimah itu turun dari batu dan kainnya terselak kerana ikatan tali tersebut.

Melihat keadaan ini, lelaki Yahudi yang lalu lalang di situ ketawa berdekah-dekah me
lihat gelagat muslimah yang terdedah auratnya. Berita tentang perkara ini sampai kepada Rasulullah, lalu tanpa bertangguh Rasulullah memerintahkan supaya lelaki Yahudi yang memalukan wanita muslimah itu dipancung kepalanya serta merta.

Begitulah ketegasan rasulullah terhadap kehormatan wanita. kasihnya rasullulah terhadap kita. namun kini, kita lihat ramai anak2 gadis yang gemar mempamirkan kecantikan pinjaman dari ALLAH d khalayak ramai. jagalah perhiasan mu itu. ia sangat berharga buat wanita solehah..



jagalah dirimu sebaik-baiknya.. sesungguhnya seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH...

0 kesannya:

Post a Comment

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung