فاذا أنزلنا عليها الماء اهتزت وربت...........
"maka apabila Kami turunkan hujan ke atasnya,bergeraklah tanahnya serta suburlah tanamannya...."
(surah al Hajj,ayat 5)
(surah Fussilat,ayat 39)
Baik,sekarang kita lihat,apa itu getaran ataupun vibration.Getaran ialah pergerakan yang berulang dan merupakan fenomena yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita.Ada getaran tali gitar,loceng,diafragma yang terdapat dalam telefon dan sistem speaker,atau ada juga yang kurang jelas seperti getaran molekul udara yang membawa bunyi dan elektron yang ada pada antena radio dan tv.Sebagaimana sel yang bertindak sebagai building block of living things,partikel pula bertindak sebagai building block of all matters exist in the World,dan setiap partikel terdiri dari atom atau molekul yang takkan berhenti bergetar.Apa yang membezakan cuma entropy(degree of randomness) di dalamnya yang bergantung pada keadaan bahan itu sendiri sama ada pepejal,cecair atau gas.
Getaran terbahagi kepada dua,iaitu getaran bebas dan getaran yang dipaksa(free and forced vibrations)anak kecil yang sedang bermain di buaian tanpa ada bantuan luar yang membantu buaian itu bergerak ialah satu contoh free vibration tapi jika ada kawan yang membantu untuk menolak dan menarik buaiannya itu secara berkala, di sana terdapat forced vibration.Namun,jika kawannya hanya menolak buaian itu sekali sahaja dan kemudian membiarkannya bergerak sendiri,kita katakan free vibration.
Satu ciri yang penting tentang getaran ialah frekuensi semulajadinya ataupun natural frequency.Frekuensi ialah bilangan ayunan(oscillation) yang dilengkapkan dalam masa satu saat.Dengan kata mudah, frekuensi semulajadi pula ialah bilangan ayunan yang akan dibuat oleh sesuatu sistem dari posisi asal ke posisi akhir(back and forth) tanpa campur tangan pihak luar,Apabila menyebut tentang frekuensi natural ini,kita tidak dapat lari dari menyentuh tentang resonance.Resonance akan berlaku apabila frekuensi sesuatu sistem sama dengan frekuensi semulajadinya (a system is excited to one of its natural frequencies,for example,the amplification of the radio).Apabila anda sedang menggerakkan butang yang ada pada radio untuk mencari stesen yang anda kehendaki,contohnya ikim.fm dan sebagainya,anda sebenarnya sedang membawa frekuensi litar di dalam radio itu supaya seimbang dengan signal frekuensi stesen radio yang anda kehendaki.Apabila berlakunya keseimbangan,ataupun resonance telah terjadi,anda mendapat ampifikasi maksimum bagi bunyi stesen radio tersebut.
Berbalik kepada dua ayat tadi,Allah menyebutkan secara tepat tentang kes getaran yang dipaksa(forced vibration) iaitu bagaimana input dengan frekuensinya sendiri (titisan air hujan)menyebabkan pokok untuk tumbuh dan membesar.
Ayat tadi mungkin dapat dijelaskan dengan cara begini:apabila hujan turun ke atas tanah yang gersang,ianya bergetar dan membesar.Jika terdapat biji benih didalamnya,hujan menyebabkan ia tumbuh dan membesar.Mekanisma yang tepat tentang bagaimana kesannya hujan ke atas pertumbuhan benih tadi tidak dapat dijelaskan dengan terperinci,dan ia kita tinggalkan kepada mereka yang pakar dalam bidang ini seperti ahli botani untuk teruskan kajian yang mendalam dari sudut getaran yang dibawa oleh air hujan tersebut.
Untuk memahami fenomena tentang getaran ini bukanlah satu perkara yang wujud pada abad ketujuh dan mungkin masih gagal untuk difahami sepenuhnya pada abad kita ini,namun apa yang mahu ditekankan di sini ialah Muhammad bukan seorang pakar atau tahu tentang fenomena getaran,jadi dari mana dia mendapatkan pengetahuan tentang hal ini lalu disampaikan kepada umatnya?Jelas sekali,bahawa al Quran bukan buku yang Muhammad atau sahabat-sahabat reka sendiri,tapi kalam yang terkandung padanya ilmu yang disampaikan dari Pencipta yang menciptakan alam ini..
Ayuh sahabat,ini bukan masanya untuk kita berleka dengan dunia,ada sesuatu yang harus kita bawa.Kembalikan semula kegemilangan masa silam,khazanah itu milik kita,umat Islam!
Subhanallah,Allahu akbar....
sources : www.kembaramencaridiri.blogspot.com
0 kesannya:
Post a Comment