27 March 2009

Upin & Ipin dan Doraemon : Sekadar Coretan




Ketika itu, saya bersama sahabat saya sedang menikmati Nasi Goreng Ayam di sebuah restoran di Kampung Jawa, Klang. Menjeling sebentar ke kaca televisyen. “Mari Bertarannum rupanya, lama aku tak tengok.”, bisik saya di dalam hati. Lamunan saya terhenti apabila abang Roti Canai (senang dipanggil begitu kerana sejak dari mula kedatangan saya, dia menebar roti canai) menukar channel Astro. Jari jemarinya laju menekan punat dan akhirnya terhenti…UPIN DAN IPIN.


“Ada ke orang nak tengok…?”, fikir saya.

Seorang pelanggan awal 30-an saya kira, mula berhenti menyuap nasi dan merenung kaca televisyen tanpa berkelip. Hehe…Abang pun minat Upin Ipin? Ingatkan anak saudara saya saja. Kemudian, pelanggan itu tersengih-sengih sendirian. Itu baru situasi pertama. Banyak lagi situasi yang saya alami sejak melandanya fenomena UPIN dan IPIN. Seorang bapa dan seorang ibu sanggup berdiri di kaki lima di gerai jualan CD cetak rompak bersama anak mereka untuk menonton Upin dan Ipin di televisyen yang disediakan. Juga tersengih-sengih…Parah juga ni!.
Saya juga pernah terfikir tentang method pendidikan orang Jepun pada anak-anak mereka. Melalui apa? Kartun yang cukup popular, Doraemon.


TARBIYYAH 1
Doraemon digambarkan sebagai kucing dari masa depan. Ia sentiasa mendapat apa yang dihajatinya melalui poket kecilnya itu. Suatu doktrin yang cukup berkesan…Apa yang kamu hajati, kamu pasti akan mendapatnya!


TARBIYYAH 2
Doraemon juga sedia membantu Nobita jika dalam kesusahan. Satu lagi doktrin yang amat berkesan…Walaupun kita berada di atas, jangan lupa orang di bawah!

TARBIYYAH 3
Nobita selalu dibuli Giant dan Sinyu disebabkan dia lemah dari segi fizikal dan pelajaran. Oleh itu, sentiasalah rajin mengulangkaju dan berusaha untuk menjadi bangsa yang maju dan tidak dipandang rendah. Lihatlah bangsa Jepun sekarang…Berbalik kepada Upin dan Ipin, kita dapat lihat, satu lagi penerapan pendidikan terhadap anak-anak. Satu usaha yang cukup menarik dan kreatif. Upin dan Ipin adalah watak common ataupun simbolik bagi kanak-kanak di Malaysia. Nakal tetapi patuh pada orang tua, sentiasa ingin mencuba, patuh pada agama dan mesra dengan sesiapa sahaja. Pelbagai nilai murni diterapkan dalam filem animasi itu sejajar dengan usaha mendidik anak-anak Malaysia ke arah yang lebih baik.

TARBIYYAH 1
Upin dan Ipin menyembunyikan kaca mata nenek. Mereka memberi report card dan meminta nenek menandatanganinya. Kakak terlihat report card yang penuh dengan warna merah (ertinya, kebanyakan subjek adalah gagal). Akhirnya, mereka dimarahi kakak kerana cuba menipu nenek. Apa yang dapat dipelajari? Jangan menipu…nanti kena marah. Tak baik tipu orang tua-tua, berdosa!

TARBIYYAH 2
Mereka tidak pernah malu mengeluarkan pendapat malah yakin dalam berkata-kata. Itulah ciri-ciri seorang pemimpin.

TARBIYYAH 3
Ucapan “Selamat pagi Cikgu!” (dengan intonasi/irama yang agak lucu) memang sinonim dengan peminat filem animasi ini. Secara tidak langsung, ia mendidik generasi muda menghormati guru dan sentiasa menggembirakan guru.Sabda Nabi S.A.W, Muliakanlah orang yang kamu belajar darinya”Semoga filem ini dapat membentuk generasi masa depan yang lebih berakhlak mulia, berpegang teguh dengan agama dan memimpin Malaysia ke arah yang lebih sempurna.

Begitu mudah mendidik remaja kini (jika dibentuk dari kecil, bukan 'disuap' hari-hari seperti kini), cukup mudah juga jika hendak merosakkan mereka. Jangankan suatu hari nanti kita menyesal...Anak muda nak itu, diberi. Anak muda nak ini, semua diberi. Mengapa? Kerana mereka bakal pemimpin katanya.Tugas siapa ya? Fikirkan...
p/s : Artikel kali ini lebih santai. Sesuai dengan mood artikel kali ini. Selamat membaca :) Klik di sini untuk ke blog saya
Mohamad Razif Mohamad Fuad
Timbalan Presiden,
Badan Dakwah dan Rohani
Kolej Islam Sultan Alam Shah

2 kesannya:

  1. pandainya mengaitkan perkara sekeliling dgnhidup n tarbiyah syabas

    ReplyDelete
  2. Ada juga pencarian pelawak DA'IE Doraemon tapi tak tahulah nak tetapkan tarikh

    ReplyDelete

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung