9 May 2020

[2020] KULIAH JUMAAT : Semangat Tahun Baru!

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Akal makanannya ilmu ,
roh makanannya mengenali Allah .
Badan kita mungkin nampak sihat
Hakikatnya , roh kita dalam keadaan kurus , kebuluran .
Dah lama tak diberi makan .

Basahkanlah lidah dengan zikrullah ,
selalulah mengingati Allah .
Selama ni , hanya nafsu diberi makan .
Tanpa sedar ,
Nafsu jadi gemuk , badan jadi berat .
Tidur makin banyak , malas makin kuat .

Kekanglah nafsu dengan kelaparan dan kurangnya tidur .

Jaga jasad kita dengan memperbanyakkan riadah ,
makan makanan sihat .
Usaha bersungguh-sungguh untuk berubah,
istiqamah dengan amalan kecil .
Insya-Allah , Dia beri ganjaran besar .
Jangan sia-siakan masa di sini ,
siapkan diri dengan bekalan
untuk menghadapi dunia luar .

Masih kekal di zon selesa ?
Susah untuk bangkit , susah nak berjaya .
Sedarkan diri , sujudlah , beribadah sepenuh hati .
Nampak mudah , hakikatnya susah nak mulakan .
Cerita kepada Allah , nangislah depan-Nya ,
minta pertolongan untuk istiqamah .
Kurangkan masa di alam maya ,
luangkan masa dengan para ikhwan.
Aktifkan jasad , hidup untuk bangunkan ummah .

Berhenti beri alasan .

Carilah qudwah , pemberi inspirasi .
Mereka yang berjaya menempa nama ,
mengagungkan Islam di muka bumi .
Jihadlah , guna segala tenaga .
Hidup di sini sangat singkat , manfaatkan untuk Islam .

Kalau amalan hanya sedikit ,
sengsara kita di alam barzakh .

Syurga ? Atau neraka?

Campak jauh-jauh sifat mazmumah ,
Gegarkan dunia dengan pemuda Islam .




ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ‎



[2020] Matlamat Ramadhan

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ


8 MEI 2020
15 RAMADHAN 1441 H

Mungkin belum terlambat lagi untuk pihak Badan Dakwah dan Rohani KISAS SBT untuk mengucapkan selamat beribadah di bulan yang mulia dan penuh barakah. Semoga usaha kita semua diredhai Allah SWT hendaknya, insya-Allah...

Hari ini, insya-Allah admin akan bawakan kita semua untuk merenungi kembali, selama separuh bulan kita berpuasa ini, adakah tercapai matlamat kita dalam bulan Ramadhan ini?


Maksud :  "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Surah Al-Baqarah : 183)



Apakah kaitan berpuasa dengan takwa?

TAKWA : Melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.


  Allah beri banyak ganjaran kepada mereka yang bertakwa.
  1. Allah akan keluarkan mereka daripada kesulitan.
  2. Allah akan berikan mereka rezeki yang tidak disangka-sangka.



Baiklah, kita lihat pula pada ber"puasa" itu sendiri. Apakah maksud puasa?

Dari segi bahasa : Menahan diri.
Dari segi istilah : Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari yang disertakan niat.



Baiklah, berpuasa kita dah rungkaikan. Sekarang, kenapa puasa di bulan Ramadhan ini puasa yang lain daripada yang lain?


KELEBIHAN RAMADHAN
 Al-Quran diturunkan
- Nama lainnya ; Al-Huda (Petunjuk), Al-Furqan (Pembeza hak dan batil)
- Mukjizat yang terbesar diturunkan kepada seluruh umat manusia

Ingatkah kita tentang kisah Saidina Umar Al-Khattab. Sungguh bengis, garang dan anti terhadap Islam. Tetapi, hatinya terbuka kepada Islam setelah mendengar bacaan Al-Quran (surah Taaha) adiknya kemudian menjadi khalifah terulung dalam sejarah Islam.

 Malam lailatul qadr, malam lebih baik daripada 1000 bulan
- Allah muliakan malam ini, sehinggakan ada surah yang diturunkan sempena malam ini (surah Al-Qadr).
- Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah, "Bagaimanakah kami hendak beribadah seperti umat yang terdahulu sedangkan umur kami lebih pendek daripada mereka?" Para sahabat merasa kagum, bagaimana mungkin menyamai amal mereka sehingga Jibril as datang dan membacakan surah Al-Qadr. Allah dengan kasih sayangnya menghadiahkan Lailatul Qadr kepada umat Nabi Muhammad, sebuah malam yang dikatakan lebih baik dari seribu bulan, sekiranya seseorang mendapatkan sekali kesempatan mendapat keberkatan di malam lailatul Qadr pada bulan Ramadhan, maka dia akan mendapatkan pahala beribadah selama 83 tahun 4 bulan.


Hm, jadi apakah matlamat Ramadhan 1441 H kita?

 Ya, mungkin kita boleh lakukan senarai semak ;

NAMA : Ahmad
MATLAMAT RAMADHAN :

  1. Habiskan satu juzuk Al-Quran setiap hari.
  2. Solat Dhuha setiap hari.
  3. ...
  4. ...


Satu contoh yang bagus.
Tetapi apa yang kita risaukan di sini ialah amalan kita selepas Ramadhan.
Adakah semakin meningkat TINGGI?
atau semakin menjunam TURUN?

TIPS MENETAPKAN MATLAMAT RAMADHAN SEBETULNYA ;
 Tetapkan matlamat mengikut potensi diri kita.
 Bina disiplin dalam diri.

- Rendahkan expectation dalam diri. Setiap hari satu m/s pun boleh dijadikan matlamat, tetapi pastikan konsisten walau diri kita lemah sekalipun, kita akan tetap jalankan amalan harian kita.

- Tetapkan goal yang sangat kecil. Contohnya, baca 5 m/s setiap hari kita tukarkan kepada banyak 5 ayat setiap hari. Hari demi hari, kita naikkan bilangan m/s.

- Semangat yang berkobar tidak salah, tetapi ingat, kita pasti diuji. Waktu itulah yang menentukan sama ada kita kuat atau tidak untuk tetap pada perjuangan kita untuk istiqamah.

- Biar sedikit, asalkan konsisten! Perkara ini adalah supaya kita dapat bina istiqamah dalam diri, insya-Allah. Bila satu hari tinggal, badan kita terasa pelik, "ada satu perkara yang aku tak buat hari ini..."

Mari sama-sama kita boost amalan kita!
Hidupkan Ramadhan kita bersama  

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ‎









 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung