12 June 2011

back to quran and hadith...


Diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.


Dari Abdullah bin Amr bin 'Ash Ra. ia berkata: Aku mendengar Rasullullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda,' "Bahwasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah Subhanahu wa Ta’ala menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para ulama. Apabila sudah ditiadakan para ulama, orang banyak akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpinnya. Apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." (HR. Muslim)


PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU
Dari Abu Hurairah Ra .. katanya: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pemah menimpa umat-umat dahulu." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah:(1 )terlalu sombong,(2 ) terlalu mewah,(3 ) mengumpulkan harta sebanyak mungkin,( 4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,( 5) saling memarahi,( 6) dengki-mendengki, sehingga jadi zalim menzalimi."


Dari Abu Hurairah Ra. Ia berkata: Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam; "Islam mulai berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing."

Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda,. ''Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka, keduanya belum pemah aku lihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cambuk bagaikan ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, lenggang-lenggok waktu berjalan, mengayun-ayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (ponok unta yang condong). Kedua golongan ini tidak akan masuk sorga dan tidak akan dapat mencium bau harumnya. Sesungguhnya bau harum sorga itu sudah tercium dari jarak perjalanan yang sangat jauh,(HR. Muslim)
As a muslim, whatever that we do,, we MUST refer to Al-Quran and Al-Hadith.. and we will for sure live happily ever until the hereafter..
Rasulullah bersabda: Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara dan kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang kepada keduanya; Al-quran dan As-sunnah..
Kita yang pilih APA dan SIAPA yang kita ingin jadi...jadi,, untuk menjadi org yang berjaya, adalah penting untuk kita menimba ilmu..

9 June 2011

Tuhan itu adil atau zalim?

Diceritakan bahawa seorang ibu telah datang menemui Nabi Daud a.s. lalu berkata:

Ibu – Wahai Nabi Allah! Adakah Tuhanmu zalim atau adil?

Nabi Daud – kenapa kamu ini wahai perempuan? Tuhan itu Maha Adil dan tidak pernah melakukan kezaliman! Apa yang telah berlaku ke atas dirimu?

Ibu – Aku seorang balu. Bersamaku tiga orang anak perempuan yang masih kecil. Aku menjaga mereka seorang diri dengan hasil tenunan tanganku. Semalam aku mengikat kemas-kemas tenunanku dalam sehelai kain berwarna merah dan membawanya ke pasar untuk dijual kemudian membeli barang-barang keperluan anak-anakku. Di pertengahan jalan, tiba-tiba seekor burung menyerangku, lantas menyambar tenunanku dan terbang entah ke mana. Kini tiada lagi yang tinggal untukku menyara anak-anakku.

Belum sempat Nabi Daud menjawab kata-kata ibu tersebut, tiba-tiba pintu diketuk dan Nabi mengizinkan orang yang mengetuk pintu itu masuk. Tetamu yang baru tiba itu terdiri daripada 10 orang saudagar yang di dalam tangan masing-masing terdapat wang sebanyak 100 dinar. Mereka berkata:

Saudagar – Wahai Nabi Allah, ambillah wang dinar ini dan berilah kepada orang yang berhak menerimanya!

Nabi Daud – Apa yang menyebabkan kamu menyerahkan wang ini kepadaku?

Saudagar – Wahai Nabi Allah, semalam kami berada di atas kapal layar untuk pergi berniaga. Tiba-tiba angin bertiub sangat kencang sehingga kapal layar kami hampir pecah dan kami hampir-hampir akan karam. Tiba-tiba seekor burung mencampakkan sehelai kain berwarna merah yang terdapat di dalamnya hasil tenunan. Maka kami gunakan kain dan benang itu untuk mengikat kapal layar kami dan menampung kebocorannya. Dengan itu kami dapat mengharungi angin rebut itu dengan selamat. Kami telah bernazar dengan Nama Allah bahawa setiap orang daripada kami mengeluarkan 100 dinar sebagai sedekah kerana Allah. Dan inilah wang tersebut. Ambillah dan berilah kepada sesiapa yang berhak pada pandangan Nabi.

Nabi Daud a.s. berpaling kepada ibu tadi seraya berkata:

Nabi Daud – Tuhan yang berniaga untuk kamu di darat dan di laut, sedang kamu menuduh-Nya zalim? Ambillah wang ini dan belanjakannya untuk anak-anakmu.

p/s..

Duhai sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah, apabila kita ditimpa kesusahan janganlah kita cepat melatah dan menyalahkan semua orang disekeliling kita. Termasuk ALLAH!!

Kita sebagai hamba amat kerdil dan tak layak utk melawan taqdir Allah. "Kenapalah aku boleh masuk sekolah ni?" "Kenapalah aku sekelas dengan budak tu?" "Kenapa aku yang diuji?" Kenapa.. kenapa.. dan kenapa..

Sangatlah tak wajar untuk kita su'u zhan dgn Allah, Tuhan yg Maha Luas kasih sayangNya. Tak mungkin Allah akn timpakan kesusahan kepada kita tanpa ada apa-apa hikmah. Allah juga takkan timpakan beban kpd seseorg melainkan apa yang dia mampu.

Jadi, sekiranya kita diuji dengan sesuatu perkara maknanya Allah nak ajar kita sesuatu yang baru dan mahu kita belajar bagaimana cara untuk mengendalikan ujian tersebut. Kalau kita sama-sama perhatikan, inilah yang dinamakan sekolah kehidupan. Ujian, kesusahan, kepayahan dan kesukaran dalam hidup tak pernah berhenti. Akan datang silih berganti.

Marilah kita sama-sama mencari hikmah apa yang berlaku disekeliling kita dan bkn hanya menanti hikmah itu datang. Ingatlah sesungguhnya sekiranya kita tak bertemu dengan kebaikannya di dunia, Allah akan serahkan lambakan nikmat kepada kita di syurga kelak atas ganjaran kesabaran kita.

Wallahua'lam.


 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung