#Aktiviti Terkini

Baca Lagi

#Tazkirah

Baca Lagi

26 December 2022

[2022] Tazkirah Pendek : 4 Tanda Doa Dikabulkan Allah SWT

 

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ




1. Bertambah perasaan takut pada Allah SWT

Orang yang takut pada Allah SWT akan sentiasa mendapatkan keselamatan dari hal-hal yang tidak disukai, diberi kecukupan dan diberi pengakhiran yang bagus.

2. Bertambahnya semangat ibadah

Tanda doa dikabulkan Allah SWT berikutnya adalah semakin bersemangat dalam beribadah kepada Allah.

Dan akan semakin meyakini apapun yang didapatkannya adalah kehendak Allah Swt. 

3. Jiwa menjadi lebih tenteram

Tanda doa dikabulkan Allah SWT yang ketiga adalah, hatinya akan menjadi tenang. 

Kerana dengan doa, seorang hamba telah menyerahkan semua permasalahan hidupnya pada Allah.

Dengan begitu, apa sahaja yang terjadi sama ada baik atau buruk, hatinya akan tetap tenang. 

Kerana dia yakin yang terjadi padanya adalah jawapan terbaik dari doa yang dipanjatkan pada Allah SWT. 



4. Yakin akan dikabulkan doanya

Tanda doa dikabulkan oleh Allah Swt yang terakhir adalah, adanya keyakinan bahwa hajat kita akan terwujud. 

Kerana hal penting dalam berdoa adalah keyakinan.


Semoga perkongsian ini memberikan manfaat.

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ

[2022] Tazkirah : Lazimi Membaca Al-Quran

 

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ







Bacalah bacaan Quran yg mudah, sambil berjalan, sambil duduk, sambil berkenderaan. Jadikan minit² tersebut penuh berkah kerana Allah SWT suka kpd hamba-Nya yg sentiasa membaca & melazimi al-Quran.

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
 
مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: “Barangsiapa yg membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan & setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yg semisal dgnnya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf & Miim satu huruf”. [Riwayat al-Tirmizi (2835)]





Firman Allah SWT lagi:

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ

Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan & pengajaran, maka adakah sesiapa yg mahu mengambil peringatan & pelajaran (drpdnya)?”.
[al-Qamar:17]

Masyallah banyak sungguh faedah dan manfaat membaca Al-Quran. Tunggu apa lagi kawan-kawan, mari baca Al-Quran.

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ









 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung