Sunday, 30 June 2013

Untuk Adik-adik NKI SBP 2013

Kerinduan pada Nadwah masih tidak dapat dilupakan di KISAS ..
memandangkan dalam beberapa jam lagi , video nadwah akan siap dipuload jadi ,
dengan kesempatan yg ada ini ingin di share satu kalam
satu kalam yang bagi kami istimewa , untuk adik-adik bekas NKI SBP 2013 , harap dapat dijadikan pemangkin semangat pada antum :)

... Dengan ruang sedikit yang kami ada , pertamanya , kami memohon maaf andai ada kekurangan dan kami pasti kekurangan itu ada sepanjang antum mengikuti NKI di Kisas ini . Kami juga memohon sejuta kemaafan andai masa yang ada terlalu terhad untuk kita mengenali sesama sendiri . Juga mewakili sekalian fasilitator , kami juga memohon maaf andai pengisian dan modul serta komitmen yang kami bagi tidak seperti apa yang antum harapkan . Maaf andai cara pendekatan kami kurang menyeronokkan dan cara penyampaian kami kurang berkesan . Mungkin kerana banyaknya dosa kami yang membuatkan terhijabnya rahmat Allah pada kami ...

Di sini suatu taujih yang ingin kami sampaikan pada antum . Ianya adalah suara dan isi hati kami yang tidak kesampaian untuk diluahkan dan diharapkan ianya memadai dengan meluahkannya di ruang sempit di dalam blog yang serba kekurangan ini ..

Kami istilahkan 'antum' dalam post ini yang merujuk pada kamu semua

Hayatilah Saudara-ku

Antum adalah pejuang agama Allah . Sedar tidak sedar , Allah lah yang memilih antum untuk menjadi peserta untuk NKI kali ini . Allah tidak memilih orang lain tetapi antum . kerana Allah tahu , antum lah orang yang selayaknya dan paling sesuai untuk diberikan taqlifan (tanggungjawab) ini .

Allah berfirman dalam Al-Quran , Surah Ali-Imran ayat 104 dan 110:







dan



kedua-dua ayat ini mengatakan yang antum adalah sebaik-baik ummat daripada setiap ummat sebelum antum . Syaratnya , antum mengerjakan amar makruf dan nahi mungkar . tatkala bermulanya langkah antum keluar dari NKI ini , maka antumlah yang akan menjadi sebaik-baik ummat yang ditujukan oleh Allah S.W.T. Antum akan terus berjuang dan berdiri teguh walaupun selepas di maki dan di hina mahupun di caci seteruk-teruknya kerana antum lah pejuang Islam .

Mengharapkan pada 'Helang'


Pernah tengok perkataan ini di COE (Dewan terbuka Kisas) ?

Justeru , kami sangat mengharapkan antum keluar daripada NKI sebagai seekor helang . Helang yang gagah perkasa . helang yang penuh dengan osemness nya . helang yang percaya dan yakin akan pendiriannya mempertahankan agama Allah dan Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah . Helang yang percaya akan janji Allah yang akan membantunya dan mengukuhkan kedudukannya sebagai seorang pedakwah . Kami sangat mengharapkan pipit kecil yang masuk dan berkursus di Kolej Islam ini keluar sebagai seekor helang yang akan teguh dengan pendiriannya sebagai da'ie ilallah (pendakwah kerana Allah) walaupun seluruh dunia memusuhinya .

Kami tahu dan Kami pasti , insan yang menyertai nadwah ini akan terus memperjuangkan Islam umumnya kepada dunia dan khususnya kepada sekolah masing-masing dan kami sangat yakin , antum akan berjaya memurnikan sekolah antum dengan kehebatan seekor helang yang keluar daripada Kolej Islam Sultan Alam Shah .


Segala ilmu di bumi ini , jangan antum sia-siakan ~

"Ingat wehdah kita sebelum kita bersurai , jangan takut dan jangan bersedih , Allah bersama kita !!!"

Dia lah 'Uswah' terbaik kita !

Jika antum rasa down dan ingin berputus asa dan berpaling daripada jalan perjuangan , ingatlah kembali sirah Rasulullah . letakkan diri antum pada diri baginda Nabi S.A.W. , bagaimana kuatnya tentangan dan cabaran yang dihadapi baginda nabi tatkala hanya beliaulah seorang yang berakidahkan akidah Islam . Baginda baginda boleh bangkit dan hadapi cabaran itu dengan penuh bergaya sehingga akhirnya Islam itu tersebar ke seluruh pelusuk dunia ? adakah cabaran yang antum hadapi sekuat dan sebesar Nabi S.A.W.

Seandainya antum berasa getir dan payah berada di dalam jalan dakwah tatkala mereka yang antum dakwahkan (mad'u) mempedulikan nasihat antum . Maka kenanglah dan renungkanlah suatu potongan ayat daripada surah At-Taubah , ayat 41:


Maksudnya : "Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)."

Sungguh , sudah Allah nukilkan bahawa jalan dakwah itu akan sentiasa dijanjikan dengan kesusahan dan ianya adalah suatu jalan yang pahit ... tetapi , kenapa perlu bersusah-susah untuk kita berdakwah ? ini kerana , dakwah itu jalannya sangat sakit dan dipenuhi sekalian mehnah dan tribulasi tetapi , akhir jalannya adalah syurga yang sangat manis yang kekal di dalamnya mereka yang bertaqwa kepada Allah .



Fikir-fikirkanlah ,

jikalau antum ingin menyerah diri dan berundur diri dari jalan ini ...

apakah ada lagi orang lain yang akan memikul kerja mulia Rasulullah dan para nabi-nabi lain ini di sekolah antum kalau bukan antum orangnya ?

Akhir kalam ,

kami tidak mampu memberikan apa-apa yang lebih besar kepada antum kecuali sedikit pesanan yang kami tinggalkan ini .. harapan kami , kami mengharapkan pertemuan dan perpisahan kita di NKI ini merupakan suatu rahmat dan ketentuan Allah yang mudah-mudahan juga aturan Allah untuk memudahkan taqlifan kita bersama . Sejujurnya , kami sangat menyayangi antum sebagai mana kami menyayangi diri kami sendiri dan kami mengharapkan hubungan ukhwah islamiyyah yang terjalin dalam masa singkat ini dirahmati dan diberkati Allahu Jalla Wa Ala .

Sedikit nasihat kami tinggalkan ,

tambahlah ilmu di dada antum .

ianya adalah persediaan terbaik untuk antum sebelum melangkah menjadi peneraju badan dakwah sekolah antum tahun hadapan .

Sekiranya punyai masalah , jangan selesaikannya seorang diri tetapi berjemaahlah .

selesaikannya dalam syura antara antum dan cuba elakkan keputusannya daripada mengikut nafsu .

Aplikasikan segala yang dipelajari terutama di NKI ni .

Sudah tidak lama masa yang antum ada untuk mengganti tugasan kami .

dan ingatlah , yang memilih antum dengan jawatan itu bukan kami tetapi ianya adalah pilihan daripada Allah . Kami mengharapkan doa antum agar Allah memberkati usaha kami dan kami juga mendoakan Allah merahmati dan mempermudahkan urusan antum .

Moga kita bertemu di suatu masa lain ,

tidak di dunia , di syurga , insha Allah :')

Uhibbukum Fillah

Thursday, 27 June 2013

Laporan Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Berasrama Penuh 2013

بسم الله الرحمن الرحيم

Credit to: Shawl Inc. Studio :https://www.facebook.com/ShawlStudio

Alhamdulillah, segala puji bagi Allahu Jalla Wa Ala ,
Tuhan yang berhak menerima segala pujian dan kepada Dialah kembalinya segala pujian .
Salam dan selawat pembuka bicara kepada junjungan mulia , Muhammad S.A.W. serta kepada sekalian ahli keluarganya , sahabatnya dan seterusnya kepada mereka yang mengikutinya dan meneruskan legasi rantaian dakwah dan tarbiyyah dalam mendidik ummah dan akhirnya tersemat Islam sebagai suatu cara hidup dan personaliti yang unik  dan berjaya membentuk akidah yang tertunjang kuat dalam hati dan sanubari kita . Insha Allah !

Alhamdulillah , Nadwah Kepemimpinan Islam peringkat Sekolah Berasrama Penuh kali ke -33 telah berjaya dijalankan secara rasminya oleh semua peserta daripada lebih dari 60 buah SBP seluruh Malaysia. Nadwah Kepemimpinan Islam yang lebih manis dikenali sebagai NKI ini telah berjaya diadakan dan diselenggara oleh pihak Kolej Islam Sultan Alam Shah dengan kerjasama Badan Dakwah Dan Rohani KISAS . Ribuan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa , urusetia dan fasilitator-fasilitator yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program NKI empat hari dan tiga malam ini. Mudah-mudahan segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan diberkati oleh Allah S.W.T.


Nadwah ini merupakan acara tahunan bagi SBP dan bertemakan 'Sirih Pulang ke Gagang' , setelah hampir sepuluh tahun , akhirnya nadwah untuk kali yang ke-33 nya berjaya diadakan di Kolej Islam Sultan Alam Shah dan nadwah tahun ini diisi dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya Praktikal Solat Khauf ,

Credit to: Shawl Inc. Studio :https://www.facebook.com/ShawlStudio

Praktikal Halal-Food (Sembelihan), Survival , Forum Spontan, Dakwah di I-City


 dan lain-lain aktiviti. Tujuan aktiviti-aktiviti ini adalah untuk menyediakan para peserta Nadwah Kepemimpinan Islam (NKI) untuk bersedia fizikal dan mental untuk menghadapi realiti medan dakwah yang akan mereka tempuhi sebagai para pemimpin untuk badan dakwah sekolah masing-masing. Mudah-mudahan usaha yang sedikit dan pendedahan yang diberikan sedikit sebanyak memberikan bantuan dan persiapan pada da'ie-da'ie muda ini untuk bersedia dan turun ke medan dakwah sebagai seorang yang bersedia sepenuhnya.

Berikut merupakan page NKI SBP untuk urusan NKI yang masih tertangguh :

NKI SBP 2013

Video NKI :


Disediakan oleh : Kopiah Media Studio

Gambar-gambar Nadwah boleh dilihat di sini

Insha Allah .

Yang melaporkan :
BITAN

Thursday, 6 June 2013

Penghantaran Karya At-Taufiq edisi 2013/1434H



Subhanallah ,
Kepada semua Muslimin dan Muslimat Kolej Islam Sultan Alam Shah ,
yang mempunyai masa dan kelapangan ,
yang ingin menghantar karya untuk diterbitkan di dalam Majalah tahunan Badar iaitu Majalah At-Taufiq ,
anda bolehlah memulakan karya anda dan menghantarnya kepada


untuk muslimin : Ismail Isman (502) atau Syafiq Kamal Azam (509)
untuk muslimat : Badariah Khalid (510) atau Nur Sabrina Jamari (512)

karya berbentuk cerita pendek , komik , sajak , syair , dan artikel-artikel Islamik boleh dihantar dalam bentuk softcopy (dalam perisian seperti Cloud dll) atau dalam hardcopy iaitu dalam bentuk kertas .
*adalah lebih memudahkan dalam bentuk softcopy

Karya boleh terus dihantar kepada Biro Penerbitan BADAR atau boleh dihantar pada hari pertama atau selewat-lewatnya minggu pertama persekolahan .

Jazakumullahu khairan kathira ,
Sumbangan antum tampak kecil luarannya ,
tetapi percayalah , walaupun setitis peluhmu berdakwah memperjuangkan agama Allah , nescaya syurga yang mengalir sungai di bawahnya , yang kita hidup selamanya menanti kalian ...

Syukran daripada kami BADAR Kisas SBT !
------------------------------------------------------------------------------------------------
*untuk pengetahuan , majalah ini akan disiapkan dan akan di jual pada hari Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah Berasrama Penuh 2013 nanti . Selain majalah , pihak BADAR juga akan menjual Button 6 Unique in Kisas dan Poster Ulama . Nantikan ~

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung