18 May 2009

Nakba: Kecelakaan 15 Mei 1948



Hari Nakba (يوم النكبة, bermaksud "hari kecelakaan") merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi pelarian. Hari ini disambut pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas perisytiharan penubuhan negara Israel dan hari berakhirnya mandat Britain di Palestin pada tahun 1948. Hari ini pelarian Palestin atau keturunan mereka dianggarkan berjumlah lebih 4 juta orang.

Hari ini mula diraikan pada tahun 1998 oleh Yasser Arafat, dengan kehadiran lebih satu juta orang dalam perarakan. Hari ini dirai dengan ucapan dan perarakan di Tebing Barat, Gaza dan di negara-negara Arab. Tunjuk perasaan juga pernah diadakan di London (2003) dan bandar raya New York (2004).

Nakba adalah Kesedihan

15 Mei setiap tahun selepas 1948, adalah titik tolak sebuah perjuangan yang penuh ranjau dan liku, bukan sedikit korban dan bukan sedikit harta yang telah dipertaruhkan. Palestin masih lagi berada ditangan rejim Israel. Dan perjuangan di Palestin masih lagi diteruskan. Rakyat Palestin masih lagi optimis, dan masih lagi bersemangat mempertahankan tanah tumpah darah perjuangan. Tetapi, Nakba tetap menjadi calit hitam di hati rakyat Palestin.

Eretz Israel, Judea, Uber dan Zion dicadangkan. Akhirnya, dengan undian majority, Perdana Menteri Zionis pertama Ben Gurion memilih Israel sebagai nama haram untuk Palestin yang dijajah. Hari itulah British dengan rasminya menyerahkan mandat untuk puak Yahudi melangsungkan sebuah negara yang rasmi. Sebuah ‘kemerdekaan’ bagi Yahudi dan ‘kegelapan’ untuk umat Islam.

Maka, bermulalah perluasan penjajahan Zionis di muka bumi Al-Quds, kesucian wanita di dirobek, kelemahan kanak-kanak menjadi sasaran puak pelampau zionis, berlarutanlah Nakba setiap hari. Ya, Nakba Palestin adalah setiap hari selagi mana bumi Al-Aqsa itu belum lagi dibebaskan!!!

Rentetan dari perang saudara arab juga menjadi faktor perluasan penjajahan puak Zionis. Selepas dari deklarasi ‘kemerdekaan’ negara haram Israel itu. Tambah lagi serangan bertubi-tubi dari tentera pelampau lengkap bersenjata Yahudi. Perkosaan, pembunuhan, penghinaan berterusan di Palestin. Negara-negara pengecut semenanjung arab yang lain juga tidak ada langsung usaha sungguh-sungguh membantu menamatkan Nakba arab Islam Palestin. Tanggal-tanggal 24 Januari,23 Mac, 3 April dan 20 Julai tarikh yang menyaksikan negara-negara Arab, Mesir, Syria, Lubnan, Jordan memeterai janji ketenteraan di Palestin dan negara itu dibahagi-bahagikan ‘penjaganya’ dan dalam kata lain persepadanan kuasa negara tetapi sebenarnya hanyalah satu lagi bentuk peluasan jajahan Zionis Yahudi ke atas Palestin !!!

Seperti biasa, perjanjian hanya tinggal janji saja.. kerana keamanan Palestin masih lagi tidak dapat di capai. Ini adalah disebabkan sentiasa saja ada sabotaj dari kesemua pihak yang menyebabkan polemik arab-israel menjadi lebih tegang sehinggalah pada tahun 1955 Israel membuat letupan di Gaza yang menganggu kepentingan Mesir, ini membawa kepada kerjasama Gamal Abdel Naser menanda tangani surat dengan Soviet Union bagi mendapatkan bantuan senjata.

Masih lagi di dalam suasana perang dingin antara blok Amerika dan sekutunya dengan Soviet menyebabkan tanpa sebab yang munasabah mereka memberi bantuan ketenteraan kepada Israel, dan bekerjasama menyerang Mesir !! maka lembaran yang lebih menyakitkan bermula…….

Pasca Terusan Suez dan Naksa(6 Days War)

Benar peperangan di Terusan Suez hanyalah satu ekspresi ketenteraan oleh kerajaan Mesir. Kemenangan yang di julang di sana tidaklah bermakna apabila peperangan 6 Hari yang memperlihatkan kelemahan negara-negara arab apabila negara-negara arab dikalahkan dalam masa 6 hari sahaja. Sekali lagi Palestin menjadi mangsa bodoh sombong pemimpin-pemimpin arab. Bahkan tragedi memalukan itu menutup segala kemenangan yang dicapai ketika peperangan di Terusan Suez.

Akibat kekalahan yang teruk itu. Negara-negara arab yang dimulai oleh Mesir mula mendapat kerugian dalaman negara yang teruk. Anwar Sadat sebagai orang ‘Besar’ dan ‘Abang Sulung’ negara-negara arab mula menjalankan hubungan baik sehingga membawa Nakba 2 atau Naksa. Kesedihan yang berpunca dari pengiktirafan oleh Mesir ke atas entiti haram Israel!!!

Rakyat Palestin selepas itu hanya memeluk ‘Nakba’ dan hilang pergantungan. Seperti ibarat harapkan pagar, pagar makan padi. Palestin hanya meniti masa menahan saat-saat menyakitkan itu, negara-negara arab yang dikuasai diktator-diktator dan para tirani seperti budak kecil yang pengecut dan dayus, apa yang dilaungkan hanyalah seruan-seruan meterai janji. Janji yang punya saksi tetapi tidak punya realiti!! Janji Yahudi dan para pengecut dan penakut. Maka kesedihan Nakba dan Naksa terus melilit duri di hati-hati keras seluruh rakyat Palestin.

Selepas Nakba dan Naksa

Sebenarnya harapan, cita-cita dan impian masih ada. Usaha sedang giat dijalankan. Intifada, operasi-operasi jihad oleh gerakan-gerakan pembebasan dan yang paling menonjol Hamas terus bersama. Dengan agama, semangat dan rakyat mereka bersatu memaut berganding bahu bersama. Demi pembebasan Al-Aqsa tercinta! Ya, masih ada Allah yang menolong hamba-hambanya!!

Percayalah! Akan ada fajar kegembiraan baru yang akan muncul di daerah Al-Aqsa itu!!!! Nakba ini bukan lagi menjadi kesedihan, Naksa ini bukan lagi menjadi keracauan jiwa, tetapi menjadi penyuntik semangat jitu umat. Menjadi pemangkin jiwa. Dan peneguh thabat di hati pejuang-pejuang Al-Aqsa tercinta..

1 kesannya:

  1. Bagus artikel ni. tapi jangan tulis artikel yang bersifat emotional.

    ReplyDelete

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung