Saturday, 5 December 2015

Teruskan Oh Teruskan

Suatu hari ketika sedang berhalaqah dengan naqib usrah di musalla 

Naqib kami membawa seplastik kacang 

" Hari ini kita akan makan kacang . Tapi sebelum tu ada sesuatu yang abang nak sampaikan . Sekarang semua orang ambik sebiji kacang masing-masing"

Lalu kami mengagihkan kacang sebiji seorang .

" Ok , sekarang ni abang nak tanya antum lah . Kenapa kacang ni bentuk dia berbeza , ada yang besar ada yang kecik ada yang bujur ada yang bulat ada yang pendek sedangkan semuanya berasal daripada kilang yang sama"

Krikk krik . Semua kami diam tiada bicara .

"Emm mungkin sebab dia tak diproses dengan cara yang sama" teka Aizat , seorang daripada ahli usrah kami .

'' Yang lain?" kata naqib kami .

" Takdir Allah , bang " kata Syafiq .

Senyum sebaris pabila terdengar jawapan .

"Ok lah ok lah . Semua give up eh taknak jawab . Betul ni? Cuba antum fikir apa kaitannya kacang yang pelbgai rupa bentuk yang asalnya daripada kilang yang sama dengan tarbiyah ."

Suasana hening seketika . Kami berlima tercongok diam memberikan tumpuan kepada bicara naqib kami .

"Ok , jikalau kita lihat dekat Kolej Islam ni semua orang diberi tarbiyah yang sama betul? Semua orang kena Liqa' M sama-sama , betul ? Tapi , kenapa bila keluar dari sini , macam-macam fi'il ada . Ada yang betul-betul jadi helang kat luar sana . Ada yang jadi sekular. Tak kurang juga ada yang mengikut syiah , wahabi dan sebagainya . Ini bermakna bukan semestinya , asal daripada tempat yang sama , dididik dengan perkara yang sama dan hasilnya sama ."

"Macam mana boleh jadi macam tu bang ?" Tanya Najmi dengan nada ingin tahu.

"Haaa , sebabnya mereka tidak membuat pilihan dengan betul . Hakikatnya dalam dunia ni 2% daripada keputusan kita adalah disebabkan orang lain dan 98% yang lebihnya adalah terletak di tangan kita sendiri . Oleh itu abang harap adik-adik abang ni bila keluar nanti pilihlah jalan yang betul . Semoga kita bersama-sama menjadi helang yang bermanfaat untuk ummah . InsyaAllah "

Maka , mereka pun terus menikmati kacang yang enak lagi lazat .

....

Pejam celik pejam celik sudah dua tahun Miftahul Asywaq dan Nur as-Siddiq menghuni bumi waqafan .

Terlalu banyak kenangan yang dilakar bersama . Tambahan kalau ada abang-abang stayer kan . Lagilah banyak . Maklumlah dah empat tahun menghuni bumi waqafan tercinta.

Apapun tahniah diucapkan kepada semua abang-abang dan kakak-kakak Mifathul Asywaq serta Nur as-Siddiq kerna telah bergelar graduan Kolej Islam atau laqabnya Bumi Waqafan .

Semoga antum semua dapat mengharungi bahtera kehidupan yang lebih banyak mehnah dan tribulasi ini dengan tenang .

Teruslah bersama jamaah kerna syaitan itu nabi umpamakan seperti serigala yang suka membaham kambing yang bersendirian . Usahlah hidup sendiri hiduplah bersama jemaah dan kekallah dalam tarbiyah .

Seterusnya , segala bekal yang dikutip di bumi bertuah ini gunakan ia sebaik mungkin . Usah persiakan tarbiyah yang disemai teruskan istiqamah .
Ingatlah di depan balasan tuhan syurga firdaus menanti kalian .


Selamat bergelar Alkis dan jangan biar gelaran hanya tinggal gelaran .

Fastaqim kama Umirta .



Lebarkan Sayapmu Duhai Helang Waqafan 

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung