Friday, 30 July 2010

65 tahun hidup hanya 2 tahun amal ibadat yang kita bawa?



Mari kita buat kiraan ringkas tentang ibadat solat kita.

Isyak, Subuh, Zohor, Asar dan Maghrib

Solat 1 waktu = lebih kurang 10 minit (anggaran kasar)

Sehari 5 waktu x 10 minit = 50 minit (anggaran kasar 1 jam ibadat solat sehari)

Maka setahun bersamaan 360 jam jangka masa kita solat.

Katakanlah purata usia seseorang 65 tahun.

65 tahun x 360 jam = 23400 jam ibadat solat dalam tempoh 65 tahun.


Mari kita teruskan mengira.

23400 jam bersamaan 2.7 tahun (2 tahun setengah).

Kiraan ini termasuk waktu sebelum baligh iaitu dari umur 1 tahun hingga 15 tahun.

Kalau tolak 15 tahun sebelum baligh tinggal 50 tahun bukan.?

50 tahun = 18000 jam ibadat solat yang kita lakukan 5 waktu sehari.

Jadi selama 50 tahun hidup, keseluruhan ibadat solat yang kita lakukan ialah 2 tahun.

(itupun kalau jaga solat).

Mari kita renungkan.

Selama 65 tahun hidup, akhirnya kita kembali menghadap Allah s.w.t dengan membawa amalan selama 2 tahun?

Cukupkah?

Rasanya berpuas hatikah kita nak bertemu dengan Allah s.w.t dalam keadaan sekarang?

Sedangkan masa hidup kita banyak tersia dengan mengejar dunia semata.

Perkiraan di atas sekadar renungan buat kita semua agar jangan berasa cukup dengan amalan yang kita ada. Kita risau amalan baik yang kita lakukan masih belum cukup untuk mengatasi kejahatan yang sering kita lakukan samada dalam sedar atau tidak.


Marilah sama-sama kita bermuhasabah.

Jagalah solat kita kerana amalan solatlah yang pertama akan dihisab kelak

Jangan kerana kita masih melakukan maksiat dan kemungkaran kita tidak solat. Solat itu ada keberkatannya. Mudah-mudahan dengan solat yang ikhlas kerana Allah s.w.t kita dijauhkan dari melakukan maksiat dan kemungkaran yang sudah pasti setiap muslim ingin menghindarinya.

Dari saat ini dan ketika ini semarakkan dalam hati untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Perkara-perkara maksiat cuba dijauhkan. Perkara-perkara haram tinggalkan dan jangan toleh ke belakang lagi. InsyaAllah terdetik niat di dalam hati kita untuk berubah kearah kebaikan, Allah pasti tidak biarkan kita dalam kesesatan. Janganlah lakukan lagi perkara-perkara mungkar yang mengundang kemurkaan Allah s.w.t. terhadap kita umat akhir zaman ini.


Mahukah Allah murka sehinggakan biar kita dalam kesesatan?

Kesesatan dengan keseronokan dunia. Masing-masing sibuk mencari hiburan dan keseronokan dunia semata. Kesesatan dengan pangkat dan darjat. Bangga, meninggi diri dan membeza-bezakan darjat dan pangkat sesama insan. Kesesatan dengan kemewahan dunia. Lupa akan kesusahan orang lain dan leka mengejar kemewahan dan keseronokan dunia semata.


Apa maknanya kita kecapi segalanya di dunia ini tanpa keredhaan Allah s.w.t.?

Bersyukurlah pada-Nya kerana kita di antara insan yang terpilih untuk memahami Islam.

Kita insan-insan terpilih untuk terus mencari ilmu Islam. Dengan ilmu yang ada, bersama kita beramal di samping membimbing orang sekeliling kita bersama mencari keredhaan Allah s.w.t.

Mari bersama tingkatkan amalan kita dari masa ke semasa. Buatlah yang terbaik selagi mana Allah s.w.t beri peluang hidup di dunia ini. Janganlah kita leka dan lalai lagi. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka-mereka yang sesat dan dalam kerugian.


sumber : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2793

Fadhilat & Peristiwa di Bulan Syaaban

REJAB sudah berlalu. Kini Syaaban tiba. Lambaian Ramadan sebulan lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban.


bulan islam



Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان

"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"

Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."

Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.

Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak. Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang.


Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.

Diantara hadis yang paling masyhur ialah: Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


FADHILAT SYAABAN


Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

  • Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


PERISTIWA-PERISTIWA PENTING BULAN SYAABAN


1. Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa’idzin.


2. Penukaran Arah Kiblat

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.

Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’.Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.


3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.



Begitu besarnya fadhilat bulan Syaaban. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk mengimarahkannya.


Aduhai Muslimah...Jangan Mudah Tertipu

Bismillah…Alhamdulillah…

Ilmu ditadah dibuat acuan agar mendatangkan manfaat bersama. Ingin diri ini menyedarkan muslimah di luar sana. Hati ini tergerak untuk mencoretkan bait-bait peringatan bersama setelah membaca salah satu majalah yang menceritakan mengenai hal ini.

Duhai muslimah...
Jangan mudah tertipu, bukan tertipu dengan lelaki ajnabi seperti yang kebiasaannya diuar-uarkan. Tapi...tolong jangan mudah tertipu dengan keindahan pelbagai warna dalam berpakaian yang hebat dipertontonkan di luar sana. Apa ertinya busana muslimah? Adakah maksudnya tudung-tudung yang berjenama artis-artis terkenal di Malaysia?



Lihatlah akhbar, tidak kurang juga majalah. Busana muslimah dan bermacam-macam fesyen di luar sana yang dikatakan sebagai sesuai untuk muslimah kerana selamat dan menutup aurat. Kebanyakannya tidak menepati syarak dan hanya melanggar apa yang dikatakan sebagai tabarruj.

Serius…
Hati saya sebagai muslimah turut tertarik dan teruja tapi sayangnya ia hanyalah busana dan tidak sesuai untuk muslimah. Kenapa? Bukan semua busana muslimah yang cantik dan menarik ini menepati hukum syarak. Kita dikaburi dengan mainan warna yang indah dan seterusnya menjerat hawa nafsu untuk membeli. Dan nawaitu memakainya juga mungkin akan berubah sama sekali.

Firman Allah:

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”

[Al-A’raaf ayat 26]

Tudung sepatutnya dipakai untuk menutup rambut. Tetapi malangnya, tudung dipakai di atas paras dada. Ini tidak menjadi hal utama bagi muslimah sekarang, asalkan rambut dapat ditutup mengikut syarat dan yang paling penting adalah menarik. Wanita itu sendiri sudah semestinya punyai daya tarikan tetapi mereka telah ditipu dengan fesyen-fesyen yang akan membawa kepada daya tarikan yang lebih. Persoalannya, kita mahu menarik perhatian siapa? Siapakah insan-insan yang layak melihat keindahan perhiasan-perhiasan ini?

Firman Allah:

Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
[Surah an-Nur ayat 31]

Apa ertinya bagi seorang muslimah, andai dia hanya mampu menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, tetapi faktor utama iaitu perhiasannya sendiri dengan mudah dipertontonkan. Bukankah ia tidak sempurna malahan mencacatkan penampilan? Saya tidak mengatakan saya lebih baik. Ini hanyalah sedikit kata-kata peringatan kepada saya dan untuk semua muslima yang dikasihi Allah di luar sana. Kita adalah perhiasan, tetapi pilihan untuk menjadi perhiasan terindah terletak pada diri sendiri. Sama ada ingin menjadi perhiasan yang mahal dan berharga tetapi tidak menarik perhatian dan tidak mudah dibawa mahupun disentuh ataupun perhiasan yang mudah dibawa ke mana-mana, mudah pula dipegang dan disentuh tidak kira masa serta mudah juga menjadi santapan pandangan yang tidak berhak.

Duhai muslimah…
Sekalipun insan sekeliling mengakui keburukanmu sekalipun, telah terlitup indah auratmu mengikut syarak dengan warna yang buruk. Namun andai ia lebih mendapat redha Allah, inilah pilihan untukmu yang terbaik. Namun diri hina ini juga tidak mampu untuk menghalang keinginan dan kebebasan dalam mempertontonkan perhiasan-perhiasan kalian. Ingatlah, cantiknya seorang isteri, layaknya hanya di mata suami. Cantiknya seorang puteri, layaknya hanya pada pandangan ibu bapa untuk menjaga dan memelihara dirinya sebelum dimiliki. Seorang muslimah itu tinggi martabatnya dalam Islam. Semoga penghargaan dari Allah ini akan kekal bertahan dan tidak mudah rebah menyembah bumi. Sedarlah sebelum semuanya terlambat.

Selamat beramal…




“Wahai Allah…Wahai Allah yg kami sembah, Wahai Allah…Pada-Mu satu-satunya tempat pergantungan hati kami…Engkaulah Rabb yg Maha Pemurah dan Pengasih, Maha Perkasa dan Maha Suci Engkaulah yang mampu menetapkan hati-hati kami di jalan yg Engkau redhai…Ya Allah, permudahkan bagi kami istiqamah di dalam amalan kami…dan matikan hati-hati kami dalam mencintai dunia yg melalaikan…

Amin Ya Allah.AMin ya Rabbal A’lamin.”


sumber : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2798

Sunday, 25 July 2010

HUKUM PUASA SELEPAS NISFU SYA'BAN


Masih ramai kalangan awam yang keliru dengan hukum berpuasa selepas hari Nishfu Sya'baan (hari 15 Sya'baan). Ramai yang tidak tahu bahawa menurut qawl yang mu'tamad dalam Mazhab Syafi`i hukum berpuasa selepas Nishfu Sya'baan adalah HARAM DAN TIDAK SAH dengan beberapa pengecualian yang akan datang penjelasannya. Kekeliruan mungkin disebabkan mazhab-mazhab lain mempunyai pendapat yang berbeza dengan Mazhab Syafi`i berdasarkan kepada ijtihad mereka. Ulama Syafi`i mengistinbathkan pengharaman berpuasa tersebut berdasarkan beberapa dalil termasuklah hadits-hadits Junjungan Nabi SAW. Antaranya apa yang diriwayatkan dalam "Sunan at-Tirmidzi", juzuk 2, halaman 183, bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda sebagai berikut:-
"Telah diberitakan kepada kami oleh Qutaibah, telah diberitakan kepada kami oleh 'Abdul 'Aziiz bin Muhammad, daripada al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman, daripada ayahnya, daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. yang telah berkata: Telah bersabda Junjungan Rasulullah SAW:"Apabila tinggal baki separuh dari bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa". Dan telah berkata Abu `Isa (yakni Imam at-Tirmidzi): "Hadits Abu Hurairah ini adalah hadits hasan shohih dan tiada kami ketahui akan dia melainkan dengan wajah (riwayat) ini atas lafaz ini.
Selain daripada hadits di atas, Imam Abu Daud turut meriwayatkan dalam sunannya sebagai berikut:-
Daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawasanya Junjungan Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa."
Imam ash-Shan`ani dalam "Subulus Salam" juzuk 2, halaman 345 menyatakan bahawa hadits ini adalah hasan shohih di sisi para muhadditsin selain Imam Ahmad. Imam Ahmad mendhoifkannya kerana bagi Imam Ahmad perawi yang bernama al-'Alaa` bin `Abdur Rahman adalah perawi yang dhoif. Menurut kajian Imam ash-Shan`aani, pendapat Imam Ahmad tersebut adalah tidak tepat kerana al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman adalah seorang perawi yang hadits-hadits yang diriwayatkannya diambil oleh Imam Muslim dan selanjutnya Imam Ibnu Hajar al-`Asqalani dalam "at-Taqrib" menghukumkan al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman ini sebagai seorang perawi yang shaduuq (benar atau kepercayaan).

Sungguhpun dihukumkan haram, tetapi pengharaman berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan ini tidaklah mutlak seperti pengharaman berpuasa pada 5 hari yang diharamkan secara mutlak berpuasa, iaitu 2 hari raya dan 3 hari tasyriq. Pengharaman berpuasa pada hari-hari nishfu kedua Sya'baan dan hari Syak tidaklah mutlak kerana ianya mempunyai pengecualian. Maka hukum HARAM DAN TIDAK SAH puasa yang dilakukan selepas nishfu Sya'baan (iaitu selepas tanggal 15 Sya'baan) mempunyaiPENGECUALIAN seperti berikut:-

1. puasa sunnat tersebut disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada di nishfu pertama (separuh pertama) bulan Sya'baan walaupun dengan hanya satu hari sahaja (yakni dihubungkan dengan berpuasa pada hari 15 Sya'baan) dengan syarat ianya hendaklah berterusan sehingga Ramadhan, jika terputus walaupun dengan uzur maka tidaklah boleh disambung lagi puasa tersebut. Contohnya, jika seseorang berpuasa sunnat pada 15 Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Sya'baan dan hari-hari berikutnya. Tetapi katakanlah setelah berpuasa pada 15, 16, 17 dan 18 Sya'baan, dia tidak berpuasa pada 19 Sya'baan, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunnat pada 20 Sya'baan dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah Ramadhan.

2. puasa sunnat tersebut telah menjadi amalan biasa seseorang (yakni yang telah dijadikan wirid kebiasaannya). Contohnya, seseorang yang telah mewiridkan puasa pada setiap Isnin, maka tidaklah jadi halangan untuk dia meneruskan wiridnya itu.

3. puasa qadha` samada qadha puasa fardhu atau qadha puasa sunnat yang berwaktu

4. puasa kaffarah atau puasa nazar dengan syarat ianya tidak dilakukan dengan sengaja dan dengan tahu yang hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan.Misalnya, seseorang bernazar hendak berpuasa pada hari Khamis minggu hadapan tanpa menyedari bahawa Khamis hadapannya sudah masuk dalam nishfu kedua Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada Khamis tersebut. Maka jika sekiranya dia tahu yang Khamis tersebut adalah dalam nishfu kedua bulan Sya'baan, maka tidaklah boleh dia berpuasa dan tidaklah sah nazarnya itu.

Inilah perincian hukum bagi puasa yang dilaksanakan setelah nishfu Sya'baan menurut Mazhab Syafi`i yang menjadi pegangan kita, sebagaimana yang tersebut dalam kitab-kitab fiqhnya. Antaranya dalam "Anwarul Masaalik syarah 'Umdatis Saalik wa 'Uddatin Naasik" karya Syaikh Muhammad az-Zuhri al-Ghumrawi rahimahUllah yang menyatakan pada halaman 125 seperti berikut:-

(Dan haram berpuasa [sunnat] pada hari-hari selepas nishfu Sya'baan, jika sekiranya puasa tersebut tidak berbetulan dengan adat kebiasaan seseorang) sebagaimana yang telah disebut terdahulu ketika perbincangan tentang hari Syak, (dan [puasa tersebut] tidak berhubung / bersambung dengan hari yang sebelumnya) iaitu tidak bersambung puasa pada nishfu yang kedua [bulan Sya'baan] dengan berpuasa pada separuh yang pertama bulan tersebut. Maka jika sekiranya puasa tersebut berbetulan dengan adat kebiasaan baginya atau dihubungkan [dengan hari-hari separuh pertama Sya'baan], sahlah puasa tersebut dan hilanglah keharamannya.


Imam Ibnu Hajar al-Haitami rahimahUllah menulis dalam "al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah", jilid 2 halaman 82, sebagai berikut:-




Dan daripadanya [yakni daripada hadits-hadits berkaitan dengan] puasa dalam bulan Sya'baan, ialah hadits Sayyidatina 'Aisyah r.`anha yang menyatakan: "Tidak aku melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan penuh, melainkan bulan Ramadhan dan tiada aku melihat baginda berpuasa lebih banyak daripada bulan Sya'baan", hadits diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dan keduanya meriwayatkan juga hadits lain dengan kata-kata: "Tiada baginda berpuasa dalam suatu bulan yang lebih banyak daripada bulan Sya'baan, bahawasanya baginda berpuasa pada keseluruhan bulan Sya'baan", dan bagi Imam Muslim terdapat satu lagi riwayat dengan kata-kata:- "Adalah baginda berpuasa pada bulan Sya'baan keseluruhannya kecuali sedikit.".......... Kemudian hadits-hadits tersebut tidaklah menafikan hadits yang mengharamkan puasa pada hari-hari selepas nishfu bulan Sya'baan, kerana berlakunya pengharaman tersebut ialah kepada sesiapa yang hanya berpuasa selepas nishfu tersebut dan tidak menghubungkan puasanya [dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan (yakni hari 15 Sya'baan)]. Manakala berlakunya keharusan (baca: boleh / jaiz) berpuasa, bahkan sunnat berpuasa, ialah kepada sesiapa yang berpuasa sebelum nishfu lagi dan meninggalkan berpuasa selepasnya [yakni dia berpuasa sunnat pada nishfu pertama bulan Sya'baan dan berhenti setelah nishfunya tersebut]; ATAU dia meneruskan puasanya dengan menghubungkan puasanya itu dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan [yakni hari 15 Sya'baan]; ATAU dia tidak menghubungkan puasanya, akan tetapi puasanya pada hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan tersebut ialah puasa kerana qadha` atau puasa nazar atau puasa yang menjadi wiridnya (kebiasaannya). Dan hadits yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Imam at-Tirmidzi, Imam an-Nasai dan Imam Ibnu Majah, iaitu:"Apabila berbaki separuh daripada bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa sehingga menjelang Ramadhan", adalah jelas pada yang demikan (yakni pada menyatakan haramnya berpuasa pada hari-hari selepas Nishfu Sya'baan).


Murid Imam Ibnu Hajar rahimahUllah, iaitu Syaikh Zainuddin bin 'Abdul 'Aziz al-Malibari, rahimahUllah, menulis dalam karya beliau "Fathul Mu`in"pada halaman 60:-



(Tatimmah) Haram puasa pada hari-hari tasyriq ......., dan demikian pula haram puasa selepas Nishfu Sya'baan, selagi mana ianya tidak berhubung / bersambung dengan hari sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan] atau jika puasa tersebut tidak muwafaqah dengan adatnya (yakni tidak berbetulan dengan kebiasaannya atau wiridnya); atau jika puasa tersebut bukan puasa nazar atau puasa qadha` walaupun hanya qadha` puasa sunnat.


Penjelasan 'Allaamah Sayyid Muhammad 'Abdullah al-Jurdani dalam "Fathul 'Allam" juzuk 4, halaman 152- 153, pula adalah seperti berikut:-


Dan haram puasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan, melainkan jika ianya disambung / dihubungkan dengan hari yang sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan], walaupun hanya satu hari [yakni walaupun dengan hanya berpuasa pada 15 Sya'baan sahaja] dan hendaklah berkekalan puasa tersebut sehingga ke akhirnya. Maka jika tidak berkekalan, bahkan jika berbuka (yakni tidak berpuasa) dengan uzur sekalipun, tertegahlah atasnya untuk berpuasa lagi dengan tanpa sebab.


Inilah khulasah hukum berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan. Harap kita sebagai pengamal Mazhab Syafi`i dapat beri perhatian sewajarnya. Allahlah yang Maha Mengetahui.

Sumber : Bahrusshofa

Bacaan Tambahan :

1. Puasa Sunat Bulan Sya'ban (Isu-isu Hukum Mengenainya) Bab 1

2. Puasa Sunat Bulan Sya'ban (Isu-isu Hukum Mengenainya) Bab 2


3. Puasa Sunat Bulan Sya'ban (Isu-isu Hukum Mengenainya) Bab Akhir

Friday, 16 July 2010

Syaaban bayangan Ramadhan

Sedar tak sedar..hari demi hari berganti..matahari dan bulan kini bertugas begitu pantas saban hari..umat Islam sudahpun melepasi bulan Rejab dan sekarang dalam bulan Syaaban yakni bulan Nabi Muhammad S.A.W..sepertimana dalam hadis Rasulullah :

"Rejab itu bulan Allah , Syaaban pula bulanku , manakala Ramadhan adalah bulan umatku"


MENGENALI BULAN SYAABAN


Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Sebab diberi nama Syaaban adalah kerana pada masa dahulu masyarakat Arab berkeliaran mencari air di sekitar padang pasir untuk mencari sumber air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Pada bulan ini juga kita digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dan lain lain juga. Di samping itu bulan Syaaban boleh menjadi medan latihan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.

2. Keperkasaan dan ketinggian.

3. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.

4. Kasih sayang dan kemesraan.

5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertaqwa.


ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN


1. Menurut Imam Nawawi, hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.


ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN


Meningkatkan amalan Puasa Sunat


Saidatina Aisyah R.A berkata yang bermaksud:
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saidatina Aisyah R.A berkata yang bermaksud:
"Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajibkan) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebuah hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud:
"Rasulullah S.A.W. telah berpuasa sebahagian besarnya dari bulan Syaaban."
(Riwayat Nasaie).

Memperbanyakkan Berzikir dan Berdoa


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah."
(Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Doa merupakan otak kepada ibadat."
(Riwayat al-Tirmizi).


Sentiasa Bertaubat dan Beristighfar


Firman Allah Taala bermaksud:
"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya."
(Surah an-Nur: Ayat 31).



KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN


Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.
(Riwayat Ibn Majah, al-Tabrani dan Ibn Hibban).

Berkata Imam Shafie di dalam kitabnya al-Umm:
Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din:
Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaaban.


MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN


Berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiah di dalam kitabnya Majmuk al-Fatawa:
Apabila seorang manusia itu menunaikan solat pada malam Nisfu Syaaban sama ada secara individu atau berjemaah secara khusus sepertimana yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat Islam maka ia adalah baik.

Beliau berkata lagi:
Adapun malam Nisfu Syaaban maka telah diriwayatkan mengenai kemulian / kelebihannya (Nisfu Syaaban) daripada hadis-hadis dan athar. Dinukilkan juga daripada golongan al-Salaf sesungguhnya mereka menunaikan solat padanya (malan Nisfu Syaaban), maka solat seseorang padanya (malam Nisfu Syaaban) secara berseorangan telah dilakukan oleh al-Salaf dan padanya terdapat hujjah maka janganlah ini diingkari. Adapun solat secara jemaah pada ini (malam Nisfu Syaaban) terbina di atas kaedah umum pada berkumpulnya di dalam melakukan ketaatan dan pengibadatan.

PENUTUP

Dengan itu, penulis ingin mengajak diri sendiri khususnya dan kepada pembaca umumnya agar bersama-sama kita memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban ini kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan keutamaan yang mesti direbut. Ingatlah, bulan Syaaban ini boleh dijadikan medan latihan yang terakhir bagi menghadapi pesta ibadah yakni bulan Ramadhan Al-Mubarak. Harapan penulis agar amalan-amalan yang dilakukan pada bulan ini tidaklah terkubur begitu sahaja, tetapi seharusnya ia menjadi satu rutin dalam kehidupan. Bahkan bertambah enak jika ditambah baik pada masa akan datang.
Buruk itu datangnya dari diri yang kerdil lagi hina ini , segala yang baik dan molek itu datangnya dari Allah , yang mana hakikatnya segala benda adalah milik Allah 'Azza Wajalla. Wallahu A'lam. :)

Monday, 12 July 2010

REJAB : Israk Mi'raj & Sebuah Malapetaka

Setidaknya ada dua peristiwa besar di bulan Rejab ini.


Pertama: Peristiwa Israk Mikraj yang terjadi tanggal 27 Rejab.


Peristiwa yang terjadi sekitar 14 abad lalu ini diabadikan dalam al-Quran dalam Surah Al-Israk ayat 1: "Maha Suci (Allah) yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya.."

Pada saat itu Baginda Nabi Muhammad SAW diberi sebuah keistimewaan dijalankan oleh Allah dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Al-Quds (Palestin), lalu dilanjutkan dengan menembus lapisan langit tertinggi (Sidratul Muntaha). Semua itu ditempuh dalam sehari-semalam. Peristiwa itu begitu istimewa. Kerana itu, hampir setiap tahun, tanggal tersebut dijadikan momentum oleh sebahagian kaum Muslim untuk mengadakan Peringatan Israk Mikraj.


Kedua: Peristiwa Keruntuhan Khilafah Islamiyah yang terjadi pada 28 Rejab 1342 Hijrah, 89 tahun yang lalu.


Berbeza dengan Israk Mikraj yang memang merupakan peristiwa besar yang dialami Baginda Nabi SAW dan diabadikan al-Quran, keruntuhan Khilafah adalah peristiwa yangdianggap 'tidak terlalu penting' oleh kaum Muslim. Padahal peristiwa tersebut berhubung dengan salah satu warisan yang ditinggalkan Baginda Nabi saw. Ya, Khilafahlah penerus sistem pemerintahan Islam yang asas-asasnya dibuat dan dipraktikkan Baginda Rasulullah SAW saat beliau memimpin Daulah Islam di Madinah.

Sebagaimana kita ketahui, tidak lama setelah peristiwa Israk Mikraj (hanya sekitar setahun), terjadi peristiwa besar yang juga tidak boleh dilupakan kaum Muslim, iaitu peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW bersama kaum Muslimin ke Madinah. Peristiwa ini tentu penting kerana menjadi tonggak pertama tegaknya Daulah Islam yang dipimpin langsung oleh Nabi Muhammad SAW sebagai Rais Ad-Daulah (pemimpin negaranya). Sejak daripada peristiwa Nabi Muhammad SAW mendirikan Daulah Islam di Madinah, kaum Muslimin memiliki sebuah institusi negara yang menjadi pelayan, pembela dan pelindung mereka. Melalui Daulah Islam pula hukum-hukum Islam diterapkan dalam seluruh aspek kehidupan dan Islam disebarluaskan ke seluruh penjuru dunia dengan dakwah dan jihad.

Setelah Nabi Muhammad SAW wafat, kepemimpinan negara kemudian beralih ke tangan Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah (pemimpin negara) pertama. Khalifah Abu Bakar RA mengawal era Khulafa Ar-Rasyidin. Sejak itu era kekhilafahan Islam bermula. Era Khulafa Ar-Rasyidin kemudian berakhir, lalu digantikan oleh era Khilafah Umayyah. Era Khilafah Umayyah kemudian diganti oleh era Khilafah Abbasiyyah. Selanjutnya, era Khilafah Abbasiyyah diganti oleh era Khilafah Uthmaniyah. Sayang seribu kali sayang, era Khilafah Uthmaniyah ini berakhir dengan sebuah tragedi menyayat hati kerana diruntuhkan oleh tangan-tangan penjajah Barat, iaitu Mustafa Kamal Attaturk laknatullah, tepat tanggal 28 Rejab, 89 tahun yang lalu. Inilah yang menandai peristiwa penting kedua di bulan Rejab.

Kerana itu, selain diingatkan dengan peristiwa Isra’ Mikraj, bulan Rejab juga memberikan kesempatan bagi kaum Muslimin untuk merenungkan kembali kewajiban mereka terkait dengan sebuah usaha untuk menegakkan kembali Khilafah Islamiah yang telahpun runtuh sejak 89 tahun yang lalu itu.


Setelah Khilafah Runtuh


Keruntuhan Khilafah pada 28 Rejab 1342 Hijrah benar-benar telah melenyapkan pemerintahan berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah Muhammad SAW dari muka bumi ini. Akibatnya, sejak saat itu sehingga sekarang ini segala masalah kaum Muslimin makin meningkat, bahkan makin bertambah dari hari ke hari. Musuh-musuh kaum Muslimin yang dulu gementar ketakutan hanya kerana berfikir akan menghadapi kaum Muslimin yang dipimpin oleh seorang khalifah yang gagah berani, sekarang berani dan lancang menodai tempat-tempat suci kaum Muslim dan melecehkan manusia paling mulia, Sayidina Muhammad SAW. Semua itu didengar dan dilihat langsung oleh para pemimpin Muslim yang tetap diam saja bak patung meski mereka memegang kekuasaan atas umat yang paling besar di dunia ini, memiliki ketenteraan paling besar dan kekayaan terbanyak di antara umat-umat yang ada.

Tentera kaum Muslimin seharusnya dipimpin oleh seorang khalifah untuk membebaskan negeri-negeri kaum Muslimin yang diduduki dan meluaskan kekuasaan kaum Muslim ke negeri-negeri lain dengan pembebasan dan keadilan. Namun, bukan seperti itu yang terjadi saat ini. Saat ini kaum Muslim di negeri-negeri Islam justeru dipimpin oleh konco-konco Amerika yang pengecut, bacul, dan penakut.

Pemerintah kaum Muslimin, kala mereka memiliki Khalifah dahulu, telah membuat Dunia Islam makmur hingga membuat Barat, khususnya Inggeris saat itu, merasa iri dan gentar akan hebatnya sistem ekonomi Islam. Kini sebaliknya, setelah negeri-negeri Islam berada di bawah cengkaman kapitalisme, Dunia Islam tenggelam di dalam krisis ekonomi yang terjadi silih berganti.





Khilafah: Mercu Segala Kebaikan


Sungguh, sistem pemerintahan dalam Islam adalah sistem Khilafah, bukan yang lain. Inilah sistem pemerintahan yang telah diwajibkan oleh Rasululah SAW, menjadi ijmak para Sahabat serta dipraktikkan oleh Khulafa Ar-Rasyidin dan para khalifah sesudahnya. Khilafahlah yang menjaga akidah, agama, kehormatan, jiwa dan harta manusia; menjaga perbatasan; menghilangkan hambatan dan penghalang yang berusaha menghalangi sampainya risalah Islam sehingga kalimat Allah dijunjung tinggi di muka bumi ini.

Khalifahlah yang benar-benar menjadi pemelihara bagi kaum Muslimin. Khalifahlahpenjaga sejati wilayah Islam dan pelindung hakiki kaum Muslimin dari setiap serangan musuh. Khalifahlah yang mengembangkan Islam ke seluruh penjuru duniadengan dakwah dan jihad dengan tetap menjaga kemuliaan, keadilan dan kebaikan.

Kaum Muslimin di bawah naungan Khilafah benar-benar bisa merasakan kehidupan yang mulia dan terhormat. Mereka diselimuti perasaan aman dan nyaman, kewajaran dan keadilan, serta kemakmuran dan sejahtera. Kehidupan makmur dan sejahtera, pernah ada suatu masa saat tidak ada lagi rakyat yang mahu mengambil zakat, kerana semua merasa telah kaya! Hal itu pernah terjadi pada masa Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Beliau pun pernah menulis surat kepada amilnya (ketua daerah) di Samarkand, Sulaiman bin Abi As-Samri: "Hendaklah kamu membangun beberapa penginapan (rumah musafir) di wilayahmu. Jika ada di antara kaum Muslimin yang melewati wilayahmu maka biarkan mereka tinggal sehari semalam dan uruslah kenderaannya. Jika ia masih punya alasan untuk tinggal maka biarkan ia tinggal sehari dua malam. Jika ada seseorang yang kehabisan bekal maka berilah ia harta yang cukup untuk sampai ke daerah tempat tinggalnya".

Bukankah ini sebuah bentuk pengurusan rakyat yang sebetulnya? Apakah mungkin itu terjadi tanpa Khalifah yang memiliki kekuasaan untuk menerapkan Islam, sebagaimana saat ini? Adakah suasana ini berlangsung di negeri kaum Muslimin saat ini?

Khilafah pun senantiasa menjaga wilayah Islam dan kaum Muslim. Lupakah kaum Muslim dengan kisah Khalifah Al-Mu’tashim Billah, ketika seorang Muslimah yang dizalimi oleh seorang Rom meminta pertolongannya, "Wahai Mu’tashim, di manakah engkau!"

Berita itu sampai kepadanya pada malam hari. Beliau tidak menunggu hingga pagi. Beliau segera berangkat memimpin sendiri pasukannya. Sesampainya di Amuria, beliau meminta agar orang Rom pelaku kezaliman itu diserahkan untuk diqisas. Saat pemimpin Rom menolaknya, beliau pun menyerang kota tersebut, menghancurkan benteng pertahanannya dan menerobos pintu-pintunya hingga menaklukannya. Dinyatakan di dalam sejarah, KEPALA TENTERA KAUM MUSLIMIN TELAH PUN TIBA DI HADAPAN AMURIA, NAMUN EKORNYA MASIH LAGI DI PUSAT PEMERINTAHAN KHILAFAH ISLAM.

Lupakah kaum Muslimin dengan sikap Harun ar-Rasyid terhadap Nakfur Raja Rom yang telah merosak perjanjian yang diadakan dengan kaum Muslimin dan sikap permusuhannya terhadap kaum Muslimin? Saat itu Ar-Rasyid mengirim surat kepada Nakfur, yang isinya:"Dari Harun, Amirul Mukminin, kepada Nakfur, anjing Rom. Jawaban atas sikap permusuhanmu adalah apa yang akan kamu lihat, bukan apa yang akan kamu dengar."

Nakfur pun benar-benar boleh melihat tentera kaum Muslim, ketika mereka masih di perbatasan Rom, sebelum surat Ar-Rasyid sampai kepadanya.

Khilafah juga mengembangkan Islam ke seluruh penjuru dunia dengan dakwah dan jihad demi kemuliaan, keadilan dan kebaikan. Lihatlah berbagai pembebasan yang telah menyebarluaskan Islam dan membersihkan semua bentuk kezaliman yang terjadi di berbagai penjuru dunia sejak zaman Rasulullah SAW, Khulafa Ar-Rasyidin dan para Khalifah sesudahnya. Semua itu merupakan mercu tanda kebaikan di dunia. Hanya dalam satu abad saja Islam telah tersebar luas dan kekuasaan Islam meliputi negeri-negeri Arab, Syam, Irak, Mesir, Afrika Utara, Andalusia, Bukhara dan Samarkand, Sind, India, dan wilayah barat laut India (Pakistan bahagian Barat). Islam terus tersebar hingga sampai di Asia Tenggara. Selanjutnya, pelbagai penaklukkan meluas hingga ke Asia Kecil, menaklukkan Konstantinopel dan Balkan; serta banyak lagi wilayah di muka bumi ini. Khilafah benar-benar menyandang kebesaran dan keagungan.

Khilafah juga menjadi mercu ilmu pengetahuan dan gudang para ulama dan ilmuwan islam. Ketika itu kaum Muslimin menjadi umat yang pertama dan terkemuka dalam bidang fizik, kimia, matematik dan astronomi. Negeri-negeri kaum Muslimin menjadi pusat ilmu pengetahuan sehingga banyak pelajar dari negara-negara Barat datamg untuk mendapatkan ilmu pengetahuan di lembaga-lembaga pendidikan di Baghdad dan Andalusia.

Semua keagungan itu tetap ada dan terpelihara hingga Khilafah lenyap pada hari yang menyakitkan, iaitu 28 Rejab 1342 Hijrah, 89 tahun lalu. Sejak saat itulah, umat Islam yang dulunya hebat dan kuat, kini menjadi santapan lazat yang menjadi rebutan berbagai umat,

Persis yang digambarkan di dalam sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Thauban RA, yang bermaksud: "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama." Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di lautan." Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?" Jawab Rasulullah SAW, "Kerana mereka ada ditimpa penyakit, iaitu penyakit al-WAHAN. "Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-WAHAN?" Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

Begitu jelas perbezaan keadaan kita ketika pada masa Khilafah dan ketika lenyapnya Khilafah. Tidakkah semua itu mendorong kita untuk bersungguh-sungguh dalam perjuangan untuk mengembalikan Khilafah, yang tidak lain merupakan salah satu kewajiban utama dalam Islam? Tentu, kita semua wajib bersegera dalam melakukan perjuangan yang serius dan sungguh-sungguh untuk menegakkan kembali Khilafah ini.

Marilah kita bersegera menyambut janji Allah SWT:

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الأرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا

"Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal salih di antara kalian, bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa; akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka; dan benar-benar akan menukar (keadaan) mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa (An-Nur : 55).


Marilah kita segera menyambut seruan Rasulullah SAW:

« ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ »

Selanjutnya akan datang kembali Khilafah berdasarkan metode kenabian (HR Ahmad).

CAWAN DUNIA...

Artikel di bawah dipetik dari Yahoo Group,harap maklum. Sekadar untuk difikirkan bersama,bukan menghukum mana-mana pihak. Harus diingatkan,kami tidak memusuhi bola sepak jauh sekali memandang enteng mana-mana golongan.



Siapa tidak tahu kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang sedang berlangsung sekarang? Dari kanak-kanak hinggalah ke warga emas, baik lelaki mahupun wanita, tanpa mengira keturunan, pangkat, kaya atau papa, boss atau drebar, baik mereka yang tinggal di singgahsana kekuasaan yang serba mewah mahupun mereka yang tidur hanya beratapkan langit, baik mereka yang tinggal di negara maju mahupun mundur, malah tidak keterlaluan jika dikatakan hampir kesemua penduduk bumi tahu akan kejohanan yang berlangsung empat tahun sekali ini.


Begitulah hebatnya Piala Dunia, ibarat sihir yang memukau seluruh manusia! Apa yang menyedihkan kita ialah terdapat begitu ramai dari kalangan umat Islam yang turut terkena sihir ini. Berapa ramai yang matanya terpaku di depan televisyen dan lidah mereka akan dibasahi dengan ‘zikir’ bola sepak setiap pagi, petang dan malam. Setiap Muslim pencinta bola tidak leka dan lalai dari mengetahui perkembangan perlawanan. Rasanya tidak afdhal jika tidak berbicara tentang bola di dalam setiap pertemuan dengan kawan-kawan.


Piala Dunia yang berlangsung 11 Jun - 11 Julai 2010 ini telah menjadi satu magnet besar yang yang dapat menarik perhatian sebahagian besar penghuni planet bumi. Tidak hanya itu, Piala Dunia ini telah berjaya mengubah ’pola hidup’ manusia di mana secara sedar atau tidak, mereka akan menyesuai atau‘melaraskan’ jadual hidup mereka dengan kejohanan tersebut.


Paling tidak, dalam sebulan ini, ramai penduduk dunia akan mengubah pola menonton televisyen, termasuk mengubah pola tidur, pola perbelanjaan dan pola perbincangan. Malah ramai yang tidak berpuas hati jika hanya menonton di rumah. Mereka sanggup ke kedai atau ke mana-mana tempat yang ada skrin besar dan menontonnya beramai-ramai untuk ‘merasakan’ suasana dan aura perlawanan umpama berada di stadium.



Sihir Bola Sepak


Piala Dunia ibarat sebuah sihir yang nyata. Gara-gara bola, ramai orang boleh lupa akan penderitaan diri sendiri, apatah lagi penderitaan orang lain. Setidak-tidaknya buat sementara waktu segala penderitaan seolah-olah tiada dan tidak pernah ada. Mereka tidak peduli lagi dengan isu-isu yang berlaku di luar bola. Kalau ada pun yang peduli, jumlahnya hanya sedikit sahaja.

Di kalangan umat Islam, sihir bola sepak telah berjaya memukau para pengusaha Arab yang berlumba-lumba membeli kelab bola sepak. Mereka rela menghamburkan wang mereka berbilion-bilion hanya untuk membeli sebuah kelab bola sepak. Syeikh Mansour membeli Manchester City dengan harga RM1 billion. Suliman al-Fahim membeli Portsmouth sebanyak RM353 juta. Dan dilaporkan bahawa Putera Faisal bin Fahd bin Abdullah dari Saudi berniat membeli Liverpool dengan nilai RM1.84 billion. Sungguh ironi keadaan ini, di saat umat Islam menderita di seluruh dunia, para Kapitalis ini sibuk menghamburkan harta kepada suatu yang sia-sia. Masyarakat Arab bertambah gila bola sejak masuknya Arab Saudi ke pusingan akhir Piala Dunia 1998.

Stadium-stadium bola sepak di negara Arab selalu penuh dengan penonton dengan masing-masing mempunyai kelab kesukaan (favourite club) masing-masing. Sungguh mengaibkan kerana terdapat banyak peristiwa di mana pengulas perlawanan bola melaungkan takbir ‘Allahu Akbar’ ketika pemain membuat jaringan, walaupun penjaring gol itu adalah orang kafir!

Kapitalisme Di Sebalik Piala Dunia

Kali ini (2010), giliran Afrika Selatan pula untuk menjadi tuan rumah kepada sukan bola sepak terbesar dunia ini. Sekali fikir, sungguh aneh bagaimana negara semiskin Afrika Selatan boleh terpilih untuk menjadi hos kepada temasya berprestij ini. Dari segi infrastruktur, sebenarnya Afrika Selatan masih belum siap. Negara itu termasuk negara penghutang yang besar, tapi kenapakah negara paling selatan itu berhasil menjadi penyelenggara kejohanan besar empat tahun sekali ini? Untuk menjayakan Piala Dunia yang pertama di benua Afrika ini, Afrika Selatan mesti menyediakan 10 buah stadium sedangkan yang sedia ada hanya lima buah, itupun tidak memenuhi syarat dengan pelbagai kekurangannya.


Mahu tidak mahu, lima buah stadium baru terpaksa dibina dan yang sedia ada diperbaiki. Kos keseluruhannya mencecah berbillion dolar. Soccer City Stadium sahaja melebihi RM1.4 billion. Justeru, bagaimana hal ini boleh dijayakan jika tidak adanya campur tangan dari para Kapitalis? Semua tahu bahawa Afrika Selatan masih berada di bawah bayang-bayang Barat. Walaupun majoriti penduduk negara itu adalah berkulit hitam, namun yang menguasainya adalah kulit putih. Melalui tangan Kapitalis global berkulit putih inilah kesemua rancangan dapat disiapkan sebagaimana dirancang.

Dalam waktu dua tahun, semua stadium berjaya disiapkan. Para pekerja kulit hitam dikerah bekerja siang dan malam sehingga terjadi mogok yang melibatkan lebih kurang 70,000 pekerja kerana tidak berpuas hati dengan jumlah gaji yang diterima berbanding jam kerja yang melampau.


FIFA selaku organisasi bola sepak dunia adalah mastermind kepada semua perkara. Boleh dikatakan semua perkara yang melibatkan piala dunia ini tidak boleh dilakukan kecuali dengan izin FIFA. “FIFA adalah satu-satunya pihak yang yang meraih untung dari Piala Dunia”, keluh Grant Abramhamse, seorang pengusahakeychain yang ingin mengeluarkan rantai kunci khas Piala Dunia namun tidak dibenarkan FIFA untuk menjual produknya kerana dikatakan bertentangan dengan hakcipta.


Sebuah headline media setempat menulis judul besar “Welcome to the Republic of FIFA” (Selamat datang ke Republik FIFA) sebagai bentuk perli yang menggambarkan kekecewaan warga Afrika yang merasakan badan bola sepak dunia itu telah memegang kendali (kuasa) atas segala yang berkaitan dengan Piala Dunia. FIFA mendapat hak memerintahkan pemberhentian segala produk yang berlambangkan Piala Dunia. Di samping mengurus pemasaran, kesemua sembilan buah kota di Afrika di mana berlangsungnya kejohanan, diwajibkan terikat dengan peraturan FIFA yang mengatur segala aktiviti termasuk di luar stadium.

Dilaporkan bahawa badan bola sepak gergasi itu telah mengajukan 451 kes dakwaan pelanggaran pemasaran, mulai dari industri penerbangan hinggalah ke produk gula-gula. FIFA memberi alasan bahawa ini adalah usaha untuk melindungi penaja rasmi yang telah membenamkan modal mereka untuk mendapat hak eksklusif Piala Dunia.

Ketua Eksekutif Piala Dunia 2010, Danny Jordaan menjangkakan bahawa FIFA akan memperolehi keuntungan sebesar USD3.5 bilion dari Piala Dunia kali ini. Keuntungan juga akan dikaut oleh rakan niaga FIFA mulai dari syarikat penerbangan rasmi, hak penyiaran rasmi, hotel rasmi dan lain-lain penaja besar rasmi lagi. Pengeluar alatan sukan Adidas misalnya dijangka mengaut keuntungan USD1.7 bilion, demikian pula dengan Nike, Puma dan Umbro yang dikatakan bakal mengaut nilai yang hampir sama.

Tidak sekadar itu, keuntungan juga bakal dikaut oleh syarikat pengeluar kondom. Ini kerana, pemerintah Afrika Selatan memerlukan sejuta kondom kerana sekitar 40 ribu pelacur dijangka akan ‘hadir’ sama bagi memeriahkan temasya. Ini belum lagi termasuk pengeluar minuman keras yang bakal meraih keuntungan yang mungkin jauh lebih besar. Apatah lagi ‘pengusaha’ judi yang bakal menjadi juara dalam meraih keuntungan yang paling besar, bukan sahaja di Afrika, malah di seluruh dunia. Pasar judi di Britain sahaja mengharapkan dapat meraih lebih 1 bilion pound sterling.

Hatta di Malaysia pun, para Kapitalis judi, dan kerajaan judi Malaysia akan mendapat keuntungan besar dengan ‘usaha baik’ Kementerian Kewangan yang telah menghalalkan judi bola di sepanjang kejohanan Piala Dunia ini. Pendek kata, yang menjadi juara di dalam Piala Dunia sebenarnya adalah para Kapitalis!

Pada suatu hari,seorang anak lelaki sedang jalan-jalan di pekan..Hujung minggu yang biasa buat anak orang kebanyakan sepertinya,untuk membeli tak mampu,cukuplah sekadar mencuci mata sahaja.Tiba-tiba dia melewati sebuah kedai kasut,matanya secepat kilat menyambar kasut idamannya yang sedang dipamerkan."Promosi hebat sementara stok masih ada,sempena pembukaan cawangan baru kedai kami..cepat!cepat!siapa cepat,dia dapat!Tawaran hebat,diskaun sehingga 50%"dia membaca ayat yang tertulis di atas kertas kecil yang melekap di dinding kaca kedai tersebut.


Fikiran anak mentah itu pantas membayangkan dia bergaya dengan kasut impiannya itu.Alangkah indahnya,dia menjadi perhatian rakan-rakan.Kereta yang laju memecut dari belakang membunyikan hon dengan tiba-tiba mengejutkan anak itu dari lamunannya.Serta merta anak itu tersedar dari khayalannya dan mengelakkan diri dari menjadi penyumbang statistik kemalangan yang sedang meningkat sejak akhir-akhir ini.Dia lantas meneruskan perjalanan.Kotak fikirnya ligat bekerja mencari jalan bagaimana untuk memiliki kasut itu,sudah lama dia mengidamkan kasut itu,sekarang ialah masa yang terbaik untuk memilikinya.Namun,dia sedar keadaan keluarga yang mendesak tidak memungkinkannya untuk menyarung kasut semahal itu.Tidak,dengan ayah yang bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel,ibu yang sering sakit-sakit dan 5 orang adik lagi untuk ditanggung makan pakai dan belanja sekolah mereka,tak mungkin.

Mengenangkan kesusahan yang dilalui sejak matanya melihat dunia,memandang ke bawah dan melihat kasut yang dipakai mulai lusuh dan sudah bertahun tidak berganti,benar-benar melukakan hati kecilnya.Dia menggigit bibir menahan sebak.Apa yang dimengertikan oleh anak mentah persisnya?Kadang-kadang hati kecilnya bertanya,"Mengapa kawan-kawan aku boleh bermain dengan gembira sedangkan aku harus membantu ibu dengan kerja rumah?mengapa bapa selalu pulang lewat dan keluar awal pagi dan tak pernah meluangkan masa melayan karenahku?Tidakkah dia menyayangiku sebagaimana bapa orang lain menyayangi anak-anak mereka?mengapa kami tak pernah keluar jalan-jalan macam keluarga lain di hujung minggu?kenapa susah sangat untuk ibu tunaikan permintaanku??mengapa aku lalui semua ni??"dan seperti biasa,monolog itu akan tinggal monolog,tak pernah dia berani menyuarakan persoalan yang sering menyerang cepu fikir kepada sesiapa.

Tapi kali ini,jiwa kecilnya benar-benar tak mampu ditahan,betapa dia mengingini kasut itu,betapa selama ini dia telah penat memendam segala keinginannya,betapa cuma kali ini dia berharap kemahuannya dapat dipenuhi,maka dia menanam tekad,bahawa kasut itu harus dimiliki walau dengan cara apa sekalipun.


Lalu,anak itu berlari pulang dengan harapan yang mengunung bahawa permintaannya bakal ditunaikan.Usai makan malam,dia menunggu kepulangan bapa dari tempat kerja.Waktu berlalu dirasakan terlalu lama,si ibu berkali kali menyuruh anak lelaki sulungnya itu tidur,"Tidurlah sayang,esok nak sekolah.Bapamu itu entah jam berapa pulangnya.Ada apa yang mahu disampaikan?Bagitahu saja pada ibu,nanti ibu khabarkan padanya..."ucap ibu memujuk dengan penuh sayang sambil membelai kepala si anak.."Tak mau!"anak itu membentak,terkejut ibu dek kenyaringan suara anak kesayangannya,. Bimbang dengan kelakuan anak yang agak aneh pada malam itu,lekas-lekas si ibu membelai lagi dengan kata manisnya,"Baiklah sayang,apa saja yang kamu mahu,ibu turutkan.."Anak itu mencebik,dalam hatinya berkata"Betul sangat la tu..kita tengok apa kata bapa malam ni"


Tak berani meluahkannya pada ibu,kasih pada ibu masih mewaraskannya dari mengguriskan perasaan ibu dengan kata-kata setajam itu.


Akhirnya penantian berakhir apabila jam menunjukkan tepat pukul 1 pagi,si bapa pulang dalam keadaan penuh keletihan.Bau gris menusuk ke hidung anak saat dia memeluk belakang bapa sambil menjerit"Bapa!"dengan penuh kegirangan membayangkan mimpinya bakal menjadi kenyataan.Si bapa cepat-cepat meleraikan pelukan anak,"Bapa penat,nak..nanti bapa mandi dulu ya.."sambil berlalu pergi meninggalkan anak terpinga-pinga sendirian.Anak lelaki yang tidak puas hati itu tidak mampu lagi memendam keinginannya lantas menjeritkan"Saya nak kasut baru!"langkah lemah si bapa terhenti mendengar jeritan jujur dari anak lelakinya itu.Dia menoleh dan memandang ke dalam anak mata wiranya itu.


"Saya..saya..nak kasut baru,kasut lama dah buruk,semua orang ketawakan saya kat sekolah,saya tak tahan lagi,saya bukan minta mainan,saya nak kasut baru untuk pergi sekolah,itu je..."tergagap-gagap anak itu meneruskan bicara sambil menundukkan kepala,tak mampu menentang panahan mata si bapa.Ibu yang batuk-batuk di penjuru tamu cuma mampu memerhati dari jauh sambil menahan sebak di dada,mengenangkan betapa anak itu mengidamkan sepasang kasut baru untuk ke sekolah.Bapa menghampiri anaknya dengan tenang,lama dia mendiamkan diri sebelum bersuara,"Bapa tak mampu,nak..."dia menahan getar,si anak mula memasamkan muka,tunduk melihat lantai papan yang usang,"Tapi,kalau anak bertegas mahukan kasut itu,bapa boleh berikan,dengan syarat..."anak itu mengangkat wajah sugulnya,matanya mula bercahaya.


"Katakan saja,bapa..saya sanggup.."Si bapa tersenyum,"Anak harus bantu bapa di bengkel selama 2 minggu,upahnya nanti anak ambillah untuk beli kasut tu" "Baik,bapa!saya sanggup!saya tidur dulu,esok saya mula ya!terus anak itu menyatakan persetujuannya sambil berlalu untuk melelapkan mata dengan penuh harapan bahawa impiannya tak lama lagi bakal direalisasikan.Hari demi hari berlalu,minggu berganti minggu,akhirnya tibalah masa untuk anak mengambil upahnya membantu bapa di bengkel.


Walaupun keletihan kerana setiap petang selepas pulang dari sekolah dia harus bergegas utk membantu bapa di bengkel,dia tidak peduli demi kasut idamannya itu.Setiap hari dia melalui kedai kasut itu sambil berdoa agar kasut itu tidak dibeli oleh insan lain.Mujurlah doanya dimakbulkan Tuhan.


Akhirnya,hari itu tiba juga,sebelum ke kedai kasut,dia singgah di bengkel bapa bekerja untuk mengambil upah yang dijanjikan."Ini ganjaran buat mu,nak,atas kesungguhanmu,gunakanlah ia untuk puaskan hatimu itu,anakku.."si bapa menghulurkan upah pada si anak.Sebelum berlalu,anak lelaki itu sempat menoleh untuk melihat bapanya,serentak dengan itu,dia terpandang kasut yang disarung bapa.Kasut yang sepatutnya melindungi kaki bapa yang bekerja siang malam,yang berjalan setiap hari ke tempat kerja,yang menempuh terik jalan tar yang membakar,kini terlalu lusuh,bertampal dan berjahit di sana sini.Dia cuba menghitung,bila kali terakhir bapanya menukar kasut baru,dan sepanjang ingatannya,sejak dia mengenali alam persekolahan,dia tak pernah melihat kasut itu bertukar!Kasut persis itu pernah dilihatnya sebelum ini,digigit anjing di tepi jalan!Hati kecilnya digigit sendu.


Dia menuju ke kedai kasut di pekan,dan dia keluar dengan kotak yang berisi kasut.Senyumnya lebar,senyuman kepuasan.Anak itu melangkahkan kaki ke bengkel tempat bapa bekerja dan menghulurkan kotak itu kepada si bapa.Si bapa lantas membuka kotak kasut tanpa curiga.Alangkah terkejutnya hati seorang bapa melihat kasut yang ada di dalam kotak bukan kasut seorang remaja tetapi kasut untuk seorang dewasa sepertinya.”Saya tak jadi lah bapa nak beli kasut tu.Kasut ni boleh pakai lagi.Saya jumpa kasut ni kat pekan tadi,nampak sesuai untuk bapa”Si anak senyum.Mengertilah bapa niat suci anaknya,lantas dipeluk erat anak kecil itu ke dalam dakapannya.Tubir mata bapa gagal menahan empangan air mata dari pecah membanjiri pipi perkasa seorang ketua keluarga.

http://kembaramencaridiri.blogspot.com/

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung