Sunday, 28 June 2009

WikiIslam-Ensiklopedia Memusuhi Islam


Islam terus menjadi sasaran media kuffar untuk di permainkan dengan harapan pandangan umum terhadap Islam dan Ummat terus buruk dengan pelbagai sterotype yang telah di pamerkan oleh mereka. Di kalangan kaum Muslimin mungkin ramai yang tidak pernah mendengar tentang laman ini www.WikiIslam.com yang mengandungi content penuh dengan penipuan dan pemalsuan terhadap ajaran dan sejarah Islam yang menjadi salah satu sumber rujukan umum terutamanya mereka yang selesa berbahasa Inggeris.

WikiIslam mempunyai sejarah penubuhan yang tersendiri. Ia berasal daripada seorang yang murtad daripada Islam berasal dari Iran yang tidak taat kepada Allah dan Rasul dan menetap di Kanada. Pendiri laman ini berakar umbi daripada Faith Freedom International pada September 2006 yang mengklaim diri mereka sebagai pergerakan ex-Muslim yang kuatir terhadap peningkatan ancaman Islam terhadap dunia.

Ternyata laman ini di dalangi oleh kaum kuffar yang bencikan Islam kerana nyata tertulis dalam laman FAQ WikiIslam ini laman in bertujuan untuk membantu Muslim meninggalkan Islam dengan menyediakan maklumat yang tidak benar terhadap Islam.

Jika di lihat dengan lebih detail terhadap puluhan artikel yang tersedia di sana, sesungguhnya ia mengumpulkan bahan-bahan yang negatif atau secara mudah, Islamophobia. Kesannya para pembaca yang tidak kritis dan memiliki sumber maklumat yang cetek, akan nampak gambaran bahwa umat Islam adalah umat yang bebal, ganas, terkebelakang dan bodoh. Tambahan lagi, hadir info-info dari laman seperti MEMRI yang merupakan alat propaganda Yahudi untuk menipu mata masyarakat nampak perancangan dan kesan kezaliman yang telah mereka lakukan.

Tidak jarang terdapat artikel ataupun definisi dari satu istilah Islami yang mengejutkan terdapat dalam situs tersebut. Yang sangat mengejutkan adalah pada halaman utama dari WikiIslam ditunjukkan sebuah kartun nabi Muhammad dari harian Denmark. Tidak hanya itu, cobalah masukkan satu kata kunci dalam mesin pencari (search engine) WikiIslam tentang Allah, maka muncullah definisi mengejutkan yang akan membuat telinga kebanyakan Muslim geram atas kontroversi yang disebutkan dalam definisi tersebut. Disebutkan bahwa “Menurut Muslim, Allah merupakan Pencipta dari jagad Raya. Allah tidak berarti ‘Tuhan tetapi lebih kepada ‘Pencipta Jagad Raya’ dan hal ini merupakan tanda dari asal muasal musyrik Islam. Pada era sebelum Islam, Allah merupakan pencipta tertinggi, dewa dari orang-orang Arab. Kata Allah pada awalnya merupakan nama dari sebuah dewa bulan yang tinggal dalam sebuah batu yang terletak di Ka’bah. Allah juga merupakan Tuhan Bulan diantara tuhan-tuhan yang mereka percaya.”
Menurut sebuah penelitian pada 2002 oleh profesor jonathan Zittrain dan Benjamin Edelman dari Universitas Harvard, Saudi Arabia telah melarang situs tersebut. The Public Interest Registry (layanan Pendaftaran Kepentingan Publik) yang digunakan oleh semua domain.org, dan Alexa.com menyatakan bahwa laman FFI bertempat di Bellevue, Washington USA. Rangking lalu lintas untuk organisasi tersebut mengalami naik turun sejak didirikan pada Juni 2001. menurut Site Meter, FFI telah memiliki lebih dari 25 juta pengunjung sejak didirikan, menerima kira-kira 10.000 pengunjung setiap hari sekitar satu juta halaman ditonton setiap bulan.
Justru ini merupakan antara ancaman terhadap kaum Muslimin. Sememangnya Allah telah berfirman di dalam Al-Quran menyebut tentang angkara Yahudi dan Nasara yang sering merencanakan makar jahat terhadap Islam dan Ummatnya.

"Tidak akan redho si Yahudi dan Nasara hinggakan kita mengikut millah mereka" Al-Baqarah 2:120.

Kini tinggal usaha daripada kaum Muslimin pula untuk menggunakan segala sarana yang ada untuk berdakwah dan cuba untuk menarik seramai mungkin manusia ke arah Islam. Jika kaum kuffar bersungguh, apatah lagi kita kaum Muslimin, ummat yang di muliakan Allah, wajib kita lipatkali gandakan usaha kita untuk memerangai makar-makar jahat mereka.
Wallahua'lam

Monday, 8 June 2009

Rintihan Kalbu-Soutul Mujahideen

Hari ini tiada senda dalam bicara
Deru air mata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri
Bangunkan ummah bina generasi

Di bumi yang bertuah ini
Diriku mula mengenali
Matlamat hidup sebagai abid
Kepada Allah, Allahurabbi

Diriku kini sebebas unggas
Terbang riang diangkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu
Indah, indahnya, Oh…indahnya

Wahai generasi dengarlah pesanan
Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanaman di lembah
Melahirkan insan berjiwa tabah

Kutiplah mutiara-mutiara indah
Untuk bekalan diri berpindah
Sebelum jejak kaki melangkah
Sebelum penyesalan membawa padah

Sahabat seperjuangan
Usah digentar musuh di hadapan
Pandanglah di depan balasan Tuhan
Syurga Firdaus menanti kalian

Teruskan oh teruskan
Perjuangan menegak kebenaran
Di dalam kebungkaman akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan

Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapanku ini
Pohon untukku dalam doamu
Diriku pejuang Islam yang satu

Mungkin abang-abang Soutul Mujahideen 90-an ingat lagi lagu ini. Kepada sahabat-sahabat KI, Sama-sama hayati liriknya. Moga-moga tercuit rasa dalam hati kita untuk terus menjaga tarbiyyah dan biah solehah di Bumi Waqafan dan terus istiqamah mengamalkan Islam secara kaffah walaupun telah meninggalkan KISAS. Di sini ana telah muatnaik lagu Rintihan Kalbu dan juga zikir Al-Akh Hakimi Mat Salim (Zouq : Satu Terapi) yang dirakamkan sebelum beliau ke Mesir (maafla abg Kimi! X de bayaran royalty n_n). Klik di tajuk lagu untuk muatturun

1.Rintihan Kalbu
2.Zouq : Satu Terapi

Muhamad Syafiq Shahmi bin Md. Yusof
Biro Kesenian
Badan Dakwah dan Rohani
Kolej Islam Sultan Alam Shah

Sunday, 7 June 2009

DATO’ SERI (DR.) HAJI HARUSSANI BIN HAJI ZAKARIA

Klik di sini untuk ke web rasmi Mufti Perak


PERSONAL DETAILS


Name : DATO’ SERI (DR.) HAJI HARUSSANI BIN HAJI ZAKARIA
Place of Birth : Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak
Date of Birth : 8th April 1939
Date of Marriage : 31st July, 1966
Spouse : Datin Seri Hajjah Ainon binti Abdul Ghani
Number of Son : 4
Address : (House)109, Jalan Abdul Hamik, Kg. Melayu, Sg. Rapat, 31350 Ipoh
Tel: 05-312 9118
(Department)Jabatan Mufti Negeri Perak, Tkt. 5, Kompleks Islam,Jln. Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh
Tel: 05-242 4120
Faksimili: 05-241 9694

EDUCATION


1960 – 1964 : Diploma of Education, Highest Certificate of Kolej Islam Malaya, Klang, Selangor
1959 – 1960 : Kuliah Al-Attas, Johor Bharu, Johor
1956 – 1959 : Idrisiah School, Kuala Kangsar, Perak
- Anglo Chinese School,
Parit Buntar, Perak
- Malay School Kg. Kedah, Parit Buntar, Perak

SERVICES

1992 – Now : Mufti of Perak, Department of Mufti State of Perak
1985 – 1992 : Mufti of Perak Government, Islamic Religious Department of Perak
1973 –1985 : Chief Kadi, Islamic Religious of Penang
1970 – 1984 : Part times Lecturer, Sekolah Latihan Pergigian Pulau Pinang
1968 – 1978 : Part times Lecturer, Maktab Perguruan Persekutuan Gelugur, Pulau Pinang
1967 – 1973 : Kadi, Islamic Religious Department of Penang
1964 – 1967 : Special Branch, Ministry of Internal Affairs


ACTIVE IN ACTIVITY

* Member of Government Meeting Council (MMK) State of Perak (October 2000 – now)
* Chairman of Syariah Committee State of Perak
* Chairman of Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam
* Quranic Texts Board of Director (KDN – Vice Chairman)
* Member of National Fatwa Committee
* Board of Director Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak
* Member of Islamic Religious Council and Malay Customs of Perak
* Board of Director IDC Urus Ladang Sdn. Bhd. (Subsidiaries of Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak) Perak Darul Ridzuan
* Board of Director IDC Urus Niaga Sdn. Bhd. (Subsidiaries of Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak) Perak Darul Ridzuan
* Member of Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM)
* Member of Ahli Majlis Pengawasan Syariah Takaful Nasionl Sdn. Bhd.
* Yang DiPertua Persekutuan Seruan Islam Negeri Perak
* Board of Director UNISMA College
* Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelaras Dakwah dan Pembelajaran Negeri
* Member of House of Senate representative of Perak* Main Member Board of Director Darul Ridzuan Islamic College
* Ahli Jawatankuasa Majlis Keutuhan Negeri Perak Darul Ridzuan


KNOWLEDGE CONTRIBUTION
Conference / Seminar / Dialog


* Ulama’ Nusantara Conference: Islam in Millennium: Menggaris Millennium New Agenda (26th November 1998)
* Kidney Transplant Challenging and advancement faced by Islam in this areas Seminar (6 – 8th May 1994, Singapore)
* Religious Dialog between Believer, Jew and Christian, Bendor, Germany (1989)
* Talk and dialog with Malaysia’s student at Washington, United State (1996)
* Lawatan sambil belajar ke East country and Europe conducted by National Family Planning
(1 – 9 Mac 1977)


Publisher
* Irsyad Hukum (touch the current issue)
* Muammalah Hidup Islam – (Compilation of 13 paperwork) (1996)


Writing
* Syaitan Enemy of Insan, Year (4) Part (17) (1398/1978)
* Marriage Rules (1999)
* Ramadhan Month Practice according to Quranic and As-Sunnah (1998)
* Rukyah and Hisab (2000)
* Qurban Worship (1999)


Paper Work
* Who are we
* Kesantunan Yang Mulia
* Work as a Worship
* The Role of Da’e Towards Vision 2020
* Contraception and Family Planning
* Islam on Non Believer Views in Malaysia
* Zakat Membawa Berkat Mensyukuri Ne’mat
* Baitul Mal, Zakat and Wakaf: Hukum and Execute
* Islam and Challenging Now Day
* Dakwah Nowdays and Challenging
* Islamic Values Nuture
* Kidney transplant
* Ulama’ Views and Responsible Courses
* Exposure Course at Muslim College of London, United Kingdom (10th January – 29th June 1989)


Others
* Give the religious talk at Mosques and Islamic Institution various State
* As a panel in religious forums organized by government sector and internal and external ministry


AWARDS


2001 : Darjah Kehormat Doktor Syariah (gelaran Dr.)- dianugerahkan oleh Tuanku Canselor Universiti Malaya, DYMM Paduka Seri Sultan Perak
1999 : Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP)- dianugerahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak
1994 : Jaksa Setia Mahkota- dianugerahkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong
1986 : Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP)- dianugerahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak
1978 : Ahli Mangku Negara (AMN)- dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang
1976 : Pingat Kelakuan Terpuji (PKT)- dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang
1975 : Pingat Jasa Kebaktian (PJK)- dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung